Saturday 15 September 2018

[Video PAS Pahang tuntut cuti Jumaat jika Umno serius kerjasama] KENYATAAN MEDIA: "Atas konsensus bersama pimpinan PH" AMANAH menyokong DSAI bertanding dalam PRK PD.

Ahad, 16 September 2018

Foto Parti Amanah Negara.
KENYATAAN MEDIA PRESIDEN AMANAH

Parti Amanah Negara (AMANAH) melihat betapa pentingnya pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan untuk berada bersama dalam kerajaan agar reformasi sistem seperti yang ditawarkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu, dapat dilaksana dengan lebih berkesan.

Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi membolehkan beliau menjadi Ahli Parlimen adalah satu langkah ke arah mencapai hasrat yang dijanjikan itu.

Dalam sebuah negara demokrasi, mana-mana individu berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai seperti diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Sehubungan itu, atas konsensus bersama pimpinan parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan, AMANAH menyokong pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam PRK dalam masa terdekat.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena