Monday 3 September 2018

[Video PRK Seri Setia DR MUJAHID-Pas 'Penunggang Agama' & Umno masih dengan PERKAUMAN] Apa maknanya PENAMBAHBAIKAN SISTEM PILIHANRAYA? AMANAH T'ganu sokong hukuman sebat pesalah seks sejenis.

Selasa, 4 September 2018

Foto Parti Amanah Negara.

PENAMBAHBAIKAN SISTEM PILIHANRAYA PERLU SEIRING DENGAN REFORMASI INSTITUSI PARLIMEN

Saya mengikuti dengan penuh minat pengumuman dari Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya mengenai cadangan untuk mengkaji semua sistem pilihanraya di Malaysia.

Sistem first-past-the-post yang diamalkan di negara kita memberikan kemenenangan kepada calon yang memiliki undi terbanyak tanpa mengambil kira peratusan undi yang diperolehi. Sistem ini juga terdedah dengan amalan gerrymandering di mana sempadan pilihanraya ditentukan dengan tempang.

Justeru terdapat keperluan untuk mengkaji semula sistem ini samada bagi menggantikannya dengan sistem yang baharu atau menambahbaik sistem sedia ada bagi memastikan setiap pihak yang bertanding mempunyai peluang sama rata dan rakyat mendapat hak perwakilan yang adil.

Sebarang usaha bagi merombak sistem pilihanraya di Malaysia haruslah mengambil kira kepentingan rakyat di setiap kawasan Parlimen. Sebagai contoh sistem baharu tersebut haruslah memastikan penduduk di kawasan luar bandar mendapat suara yang sama dengan mereka yang menetap di bandar besar bagi mengelakkan mereka terpinggir dari arus perdana.

Dan yang terpenting, sebarang pelaksanaan ini haruslah dibuat selepas mengambil kira suara rakyat. Satu referendum perlu diadakan bagi memastikan perubahan ini disokong oleh rakyat.

Akhir kata, sebarang rombakan atau penambahbaikan sistem pilihanraya di Malaysia haruslah seiring dengan reformasi institusi parlimen. Rakyat bukan sahaja perlu diberikan hak untuk memilih, mereka juga seharusnya mendapat jaminan bahawa suara yang dipilih itu mampu memaknakan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat.

MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
ADUN Taman Templer

AMANAH T'ganu sokong hukuman sebat pesalah seks sejenis

Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu menyokong dan menyambut baik pelaksanaan hukuman sebatan terhadap dua orang wanita yang mengaku bersalah cuba melakukan hubungan seks sejenis.
Pengarah komunikasinya, Mohd Hasbie Muda berkata, hukuman yang dilaksanakan pada pagi ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, hari ini itu mendapat perhatian ramai kerana ia pertama kali dilakukan secara terbuka.
"AMANAH Terengganu berpendapat hukuman sedemikian adalah perlu untuk mengekang penularan gejala seks sejenis daripada berleluasa di negeri ini.
"Kita juga berharap tidak ada pihak mempolitikkan perkara ini memandangkan ia adalah suatu yang sedia termaktub dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Terdahulu Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman sebat sebanyak enam kali terhadap dua wanita berkenaan kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.
Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail ketika di awal prosiding berkata hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederakan.
Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda.
Tak iktiraf hak lakukan maksiat
Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.
Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.
Sementara itu Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah menyelar pihak yang menyebarkan satu kenyataan palsu menyatakan HARAPAN negeri itu membantah pelaksanaan hukuman tersebut.
Menurut beliau, kenyataan bertarikh 3 Ogos itu tular di media sosial bertujuan menimbulkan kebencian terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin HARAPAN kononnya kerajaan mengiktiraf kelompok LGBT di negara ini.
"Sebagaimana yang ditegaskan oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam persidangan Dewan Negara minggu lepas, kerajaan tidak pernah mengiktiraf golongan tersebut apatah lagi hak mereka untuk melakukan perkara-perkara maksiat yang terlarang.
"HARAPAN Terengganu akur dan tidak membantah apa jua hukuman yang di tuntut oleh Islam memandangkan ia sedia termaktub dalam undang-undang.
"Bagaimanapun kami kesal apabila ia dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk menggambarkan bahawa HARAPAN menentang ia (hukuman sebat) dilakukan.
"Jadi, hentikanlah politik fitnah dan kebencian," tegasnya dalam kenyataan kepada Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena