Tuesday 4 September 2018

[Video ''Umno & Pas Tak Habis-Habis LGBT, Apa Yang Depa Syok Sangat?'' Mat Sabu Hentam Umno-Pas] Wanita AMANAH bidas pengkritik sebatan syarie.

Selasa, 4 September 2018

Foto Parti Amanah Negara.
HUKUMAN JENAYAH SYARIAH BUKAN UNDANG-UNDANG BARU

1- Saya membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang menggesa kerajaan untuk mengkaji semula hukuman sebatan yang termaktub dalam undang-undang jenayah Syariah sebagai respon mereka terhadap pelaksanaan hukuman sebatan syariah di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu semalam.

2- Hukuman sebatan syariah ini bukanlah peruntukan baru yang dibuat di dalam undang-undang Syariah di negara ini, memandangkan ianya telah ditetapkan sejak tahun 2001. Malah hukuman ini juga telah digunapakai oleh Mahkamah Syariah di negeri lain, seperti kes di Mahkamah Syariah Tawau beberapa tahun lepas. Justeru adalah tidak wajar ianya dipertikaikan.

3- Gesaan yang dibuat oleh pihak JAG untuk menyatukan undang-undang jenayah di bawah satu kanun keseksaan juga langsung tidak relevan. Jika dilihat dari satu aspek, kaedah sebatan yang digunakan oleh Mahkamah Syariah ini adalah berbeza sama sekali dengan kaedah sebatan sivil. Hukuman sebatan syariah masih melindungi maruah pesalah. Hal ini menegaskan bahawa hukuman ini dibuat adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan menolak dakwaan yang menyatakan hukuman ini tidak berperikemanusiaan atau bersifat kejam.

4- Tambahan pula, hukuman yang dilaksanakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu semalam dilakukan di dalam dewan bicara dan bukannya di tempat terbuka. Maka tidak timbul isu martabat pesalah direndahkan ataupun pesalah dimalukan.

5- Saya juga dimaklumkan Mahkamah Syariah sentiasa membuka ruang untuk pesalah membuat rayuan. Dalam kes semalam juga dimaklumkan, pesalah telah diberi ruang untuk merayu tetapi mereka tidak berbuat demikian. Dengan kata lain mereka sendiri mengakui kesalahan yang dilakukan, memahami kesan dari pengakuan salah dan menerima hukuman yang ditetapkan tanpa sebarang bantahan. Justeru tidak timbul isu ada pihak yang didiskriminasi oleh undang-undang Syariah.

6- Saya berpandangan pihak JAG atau mana-mana pihak yang menyatakan tentangan terhadap hukuman semalam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, memandangkan Negara kita telah mengiktiraf dua sistem perundangan ini secara sah, iaitu sistem perundangan syariah dan sistem perundangan sivil. Justeru semua pihak wajib menghormati sistem undang-undang yang sedia ada ini bagi menjamin kedaulatan Negara.

7. Saya juga berpendirian, selagi mana hukuman yang dijalankan melalui proses dan kerangka undang-undang yang sah, maka keputusan pihak penguatkuasa, di mana dalam kes ini Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu wajar dihormati. Apa yang penting adalah proses pelaksanaannya adil dan tiada pilih kasih mahupun unsur diskriminasi.

YB Dr Siti Mariah Mahmud
Ketua Angkata Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional
Parti AMANAH Negara
4 SEPTEMBER 2018

Wanita AMANAH bidas pengkritik sebatan syarie

Angkatan Wanita Parti Amanah Negara membidas sekumpulan NGO wanita yang mengkritik pelaksanaan hukuman sebat terhadap pasangan lesbian di Terengganu semalam.
Ketuanya Dr Siti Mariah Mahmud menolak kajian semula terhadap hukuman syariah atas alasan ia bukan perkara baru dan ditetapkan sejak tahun 2001.
“Malah hukuman ini juga telah digunapakai oleh Mahkamah Syariah di negeri lain, seperti kes di Mahkamah Syariah Tawau beberapa tahun lepas.
“Justeru adalah tidak wajar ianya dipertikaikan,” katanya.
Dua wanita semalam disebat enam sebatan di dewan mahkamah di Kuala Terengganu selepas disabitkan bersalah cuba melakukan hubungan sejenis.
Hukuman itu adalah yang pertama dilaksanakan di khalayak umum di negara ini.
Dalam kenyataan hari ini, Mariah berkata, gesaan menyatukan undang-undang jenayah bawah satu kanun keseksaan juga tidak relevan kerana kaedah sebatan yang berbeza.
“Hal ini menegaskan bahawa hukuman ini dibuat adalah untuk memberi pengajaran kepada pesalah dan menolak dakwaan yang menyatakan hukuman ini tidak berperikemanusiaan atau bersifat kejam,” katanya.
Berkaitan sebatan di khalayak pula, kata Mariah, tidak timbul isu martabat pesalah direndahkan ataupun pesalah dimalukan kerana di dilaksanakan dalam dewan bicara, bukan tempat terbuka.
Dr Mariah juga berkata pesalah menerima hukuman tanpa bantahan kerana tidak membuat sembarang rayuan.
Justeru, katanya, mana-mana pihak yang menentang hukuman semalam tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Malaysia mengiktiraf dua sistem perundangan, iaitu sistem syariah dan sivil.
“Justeru semua pihak wajib menghormati sistem undang-undang yang sedia ada ini bagi menjamin kedaulatan negara,” katanya.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena