Thursday 18 October 2018

[Video Jambatan Bengkok Tidak Perlukan Persetujuan Singapura - Tun M] Rosmah pula terima 'JEMPUTAN' Polis Unit Anti-AMLA minggu depan & 1MDB, kerajaan mohon penghakiman ingkar terhadap penjualan Equanimity.

Jumaat, 19 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
Suara Rakyat
Polis mengeluarkan notis kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor agar hadir berjumpa polis unit anti-Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) minggu depan.

Rosmah akan berjumpa polis di Menara KPJ untuk majlis ramas mesra..??!
HAR.. HAR.. HAR..

Image result for Gambar Equanimity

1MDB, kerajaan mohon penghakiman ingkar terhadap penjualan Equanimity

1Malaysia Development Berhad (1MDB), kerajaan dan dua lagi telah membuat permohonan bagi memasuki penghakiman ingkar (JID) terhadap pemilik berdaftar kapal mewah ‘Equanimity’, bagi penjualan kapal mewah itu.
Peguam Sitpah Selvaratnam yang mengetuai pasukan perundangan bagi keempat-empat plaintif berkenaan memberitahu pemberita bahawa permohonan itu telah didengar pagi ini dihadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Khajidah Idris.
“Perbicaraan akan diteruskan pada 3 petang esok,” katanya.
1MDB, dan dua anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited serta kerajaan sebagai plaintif telah memohon untuk memasuki JID terhadap pemilik berdaftar ‘Equanimity’.
JID adalah penghakiman yang mengikat yang memihak kepada mana-mana pihak berdasarkan kegagalan untuk mengambil tindakan oleh pihak lain seperti gagal menjawab saman atau gagal hadir di mahkamah.
Pada 5 Oktober, mahkamah yang sama telah membenarkan permohonan oleh keempat-empat plaintif itu untuk melantik seorang broker pusat dan penilai antarabangsa untuk mengendalikan penjualan ‘Equanimity’, yang dikatakan milik ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low.
Sitpah memberitahu wartawan bahawa broker pusat kini boleh mula menyediakan dokumen yang diperlukan bagi memasang iklan dan memorandum maklumat untuk bakal pembeli mengenai spesifikasi dan keadaan kapal dan berharap Equanimity akan mendapat pemilik baru dan mereka dapat menjual kapal mewah itu pada awal Disember.
Pada 24 Ogos, mahkamah yang sama membenarkan permohonan oleh keempat -empat plaintif untuk menjual Equanimity.
Dalam permohonan yang difailkan pada 23 Ogos, keempat-empat plaintif menamakan pemilik kapal, Equanimity of Cayman Islands, sebagai defendan dalam saman yang difailkan melalui firma undang-undang Jeremy Joseph & Partners.
Dalam notis permohonan itu, empat plaintif meminta penjualan kapal, bunker, bahan api, pelincir dan bahan habis-habisan lain di atas kapal untuk dijalankan melalui tender awam atau perjanjian peribadi oleh sheriff Mahkamah Admiralti.
Dalam notis permohonan itu, plaintif meminta penjualan kapal, bunker, bahan api, pelincir dan bahan lain di atas kapal dijalankan melalui tender awam atau perjanjian peribadi oleh Sheriff Mahkamah Admiralti.
Plaintif mahu sheriff menerima tawaran untuk pembelian kapal dan bunker pada harga belian yang akan dibayar kepada sheriff dalam dolar Amerika Syarikat (AS) atau euro atau ringgit.
Mereka berkata hasil penjualan kapal itu perlu dibayar kepada mahkamah dan diletakkan di dalam akaun bank di Malaysia seperti yang diluluskan oleh Jabatan Akauntan Negara.
Kapal mewah itu dibawa ke Pelabuhan Klang pada 7 Ogos apabila pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada Malaysia setelah dirampas di Bali pada Februari atas permintaan pihak berkuasa AS sebagai sebahagian daripada penyiasatan rasuah yang dilancarkan oleh Jabatan Keadilan AS (DoJ) ke atas 1MDB.- Bernama.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena