Monday 8 October 2018

[Video Nama Saya Bukan Madey Bin Kutty Saya Mahathir...Tun M sindir Lokman & Wak Jahid] Mufti Perlis saran ambil wanita enggan pegang arak kerja di tempat halal.

Selasa, 9 Oktober 2018

Foto Otai BERSIH.
Jika Almarhum TGNA masih ada lagi pasti malam ini arwah insan yg paling gembira kerana melihat Tun M bersama DSAI bersatu demi membina semula negara...
Alfatihah...

Mufti Perlis saran ambil wanita enggan pegang arak kerja di tempat halal

Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin menyarankan agar pekerja wanita yang enggan memegang botol arak dalam satu insiden yang berlaku di sebuah di kedai serbaneka diambil bekerja di tempat perniagaan halal.
Jelas Asri, usaha itu sebagai tanda penghargaan terhadap sikap wanita Melayu berkenaan.
“Masyarakat Islam sepatutnya berusaha mengambil gadis tersebut bekerja di tempat yang halal dan baik. Ini tanda penghargaan terhadap sikap beliau itu.
“Saya sendiri secara peribadi ingin bertemu dengannya,” kata Asri melalui posting Facebooknya, semalam.
Asri berkata demikian mengulas insiden yang berlaku di sebuah kedai serbaneka di Johor Bharu, Johor.
Menerusi sebuah video yang tular semalam, wanita berkenaan enggan memegang botol arak yang ingin dibeli seorang pelanggan bukan muslim.
Rakan sekerja wanita berkenaan kemudian menjelasan wanita itu bersikap demikian kerana sudah berwuduk, yang bagaimanapun menyebabkan rasa kurang senang pelanggan berkenaan.
Asri menambah, arak hanya sepatutnya dijual di kedai atau bahagian yang khusus yang tidak melibatkan pekerja beragama Islam.
“Muslim sepatutnya tidak dibenarkan untuk menjaga kaunter jualan yang membabitkan arak.
“Ini kerana Islam menganggap arak merosak akal dan jiwa maka tidak wajar untuk individu muslim yang baik memberikan bahan yang merosakkan kepada pihak lain.
“Memegang bekas arak tidak membatalkan wuduk tapi menjualnya satu dosa. Mungkin gadis berkenaan mencari alasan yang dirasakan dapat diterima semasa itu,” katanya.
Katanya lagi, kesilapan wanita itu kerana bekerja di premis yang menjual arak.
Namun, katanya, orang lain tidak tahu keadaan sebenar kehidupan wanita berkenaan.
"Apa yang pasti dia cuba sedaya dirinya untuk mengelakkan perkara yang haram tersebut.
“Lelaki pelanggan berkenaan berhak untuk komplen kepada pengurus jika dia mahu. Namun, cara yang beliau lakukan iaitu merakam dan menghina gadis yang masih muda tersebut merupakan satu kebiadaban yang amat.
“Sedangkan gadis itu bercakap dengan baik. Orang seperti itu tidak layak untuk berada dalam negara yang berbilang kepercayaan dan pegangan. Apatah lagi untuk hidup di sebuah negara yang majoriti muslim seperti Malaysia,” katanya.
Katanya lagi, sikap biadab pelanggan lelaki itu sebenarnya mewakili sejumlah golongan sepertinya dalam negara ini yang menyimpan sikap anti amalan agama masyarakat Muslim.
“Hal ini makin berkembang dari hari ke hari. Masyarakat muslim hendaklah sedar tentang perkembangan yang tidak baik ini.
"Satu persidangan khas perlu diadakan dalam membincangkan fenomena ini. Kita mahu negara yang aman untuk semua pihak,” katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena