Monday 14 January 2019

[Video 'Ketua negara' disiasat polis] Tangkapan ke atasnya juga akan dilakukan sebaik keterangan di bawah Akta Hasutan diperoleh.

Isnin, 14 Januari 2019
 ‘Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain’

'Ketua negara' disiasat polis 

LELAKI mendakwa dirinya sebagai ‘ketua negara’, akan disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, kata Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah
Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat kenyataan dikeluarkan lelaki berusia 47 tahun itu yang dibuat dalam satu sidang media di Jasin, hari ini.
“Tangkapan ke atasnya juga akan dilakukan sebaik keterangan di bawah Akta Hasutan diperoleh.
“Saya juga sudah arahkan laporan polis dibuat daripada maklumat diterima ketika sidang media yang dilakukan oleh individu itu pagi tadi.
“Selain itu, (polis akan) memanggil semua individu yang hadir pada majlis berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati ketika berlangsungnya sidang media oleh lelaki terbabit, terdapat unsur-unsur menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dan menghasut rakyat melalui media supaya menyokong tuntutannya.
Terdahulu, dalam satu majlis di sebuah inap desa di Parit Penghulu, Sungai Rambai, di Jasin, individu dipercayai menggunakan gelaran ‘Sultan Sheikh Ahmad Abdul Kadir Iskandar D’zulkarnain’ mendakwa pemilik sebenar kerajaan Melayu dan pemerintah negara ini.
Malah, lelaki itu turut mendakwa mempunyai harta kekayaan dan wang tunai bertrilion dolar serta memiliki semua kekayaan di negara ini.
Majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 20 pengikut Ahmad Abdul, selain dia turut menunjukkan keris dan pedang serta arca kaca yang didakwa sebagai alat kebesarannya.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 January 2019 @ 7:08 PM
Nur Saliawati Salberi
myMetro.

1 comments:

thamdi said...

Ramai pulak org kemaruk nk jd raja/sultan...
kaya tu...
Not trillion... Zillion...
Mintak bukti sikit
Dah kaya kan?
Beli pulau sebijik dua buat istana...
siapkan askar upahan byk2
kita main 'perang'...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena