Thursday 17 January 2019

[Video MARA Nafi 10 Pejabat Daerah Ditutup] HAPRAK, nie pejabat mak bapak kau ke? Adik2 exco Armada sekalian...Tak elok buat begini di Pejabat Menteri (KBS).

Khamis, 17 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Adik2 exco Armada sekalian. Tak elok buat begini di pejabat Menteri.
Kanda Otai ada ramai kawan2 pegawai yang kerja kat KBS tu. Mereka meluat dengan gelagat adik2 exco kat sana. Ada yang sudah berani gelarkan macam2 gelaran pada team YB Menteri. Tak tergamak pula kanda Deen nak sebut kat sini.
Adik2 Exco yang setahun jagung.
Malu pada ahli2 biasa kat bawah tu. Mereka duk tengah pening nak fikir jawapan macam mana nak jawab isu pengangguran, isu PTPTN, isu peluang pekerjaan dan macam2 lagi isu anak muda.
Adik2 exco Armada.
Pejabat menteri ni bukan kepunyaan mak bapak kita tau. Zaman KJ dan zaman menteri belia sukan sebelum ni tak pernah buat macam ni.
Sikap kebudak-budakkan kena simpan dik.
Ini pejabat kemeterian yang menjaga kepentingan anak muda belia dan sukan di Malaysia dan bukannya bilik hostel.
Anak muda akan meluat dengan Armada kalau benda2 begini dibuat dan diamalkan.
Kita tahu adik2 semua tak sampai 3 tahun dalam parti tapi jangan tunjukkan kita dangkal dik.
Ingat balik kata2 YB Syed Saddiq ketika PAT itu hari.
Hari ni saya nak ulang "...MANA KITA NAK LETAK MARUAH KITA.. Mana ada pemuda atau ahli2 dalam PKR,DAP,AMANAH atau UMNO yang buat pejabat menteri macam hak mak ayah diorang... (pekik) MANA MARUAH KITAAAA..".
Saya nak cadangkan agar YB Menteri ikhtiarkan cari satu lot kedai 3 tingkat khas untuk adik2 exco lepak. Kat situ adik2 exco nak buat apa pun buat lah. Nak main bola ke, nak main egames ke, nak karaoke ke, nak main boling ke, nak tidur lepak ke tidak menjadi masalah syarat lot kedai tu pakai duit sendiri atau duit mak bapak sendiri.
Maafkan Otai sebab tegur dengan cara ini. Kadang2 fikir, tegur dengan cara ni boleh beri pengajaran pada adik yang baru nak belajar berjalan.
Bila adik2 exco gatal buat tindakan yang tidak patut, maka Otai pun gatal nak menulis tegur.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena