Thursday 17 January 2019

[Video PRK CAMERON HIGHLANDS Undi PH Untuk Pembangunan] Sultan Nazrin berkenan terima menghadap Kit Siang.

Khamis, 17 Januari 2019
Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah berkenan menerima menghadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang.
Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Ching Tong dalam kemas kini Facebook miliknya hari ini.
Menurut Ching Tong, ia merupakan kali pertama pemimpin veteran DAP itu menghadap Baginda.
“Rupa-rupanya mereka berdua gembira bertemu untuk berbincang hal ehwal semasa.
“Memang Tuanku penuh ilmu di dada dan tidak kedekut berkongsi pengetahuan Baginda dengan kami,” ujarnya.
Turut menemani Chin Tong dan Kit Siang menghadap Baginda adalah bekas Pengerusi Bernama Datuk Seri Annuar Zaini, bekas Ahli Parlimen Sungai Benut Tawfik Tun Ismail dan Pengarah Eksekutif Penang Institute Datuk Dr Ooi Kee Beng.
Sultan Nazrin memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong selepas Sultan Muhammad V turun takhta pada 6 Januari lalu.
Majlis Raja-raja dijangka akan bermesyuarat pada 24 Januari di Istana Negara untuk memilih Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Raja-raja juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan  Yang di-Pertuan Agong XVI dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena