Monday 8 April 2013

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Menolak ‘Pelawaan’ Barisan Nasional (BN) Supaya Menjadi Perdana Menteri...

Isnin, 8 April 2013
PRU13 : Hadi tolak ‘tawaran’ jadi PM

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak ‘pelawaan’ Barisan Nasional (BN) supaya menjadi Perdana Menteri jika mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.
Abdul Hadi berkata, beliau lebih bersedia jadi khadam (orang suruhan) rakyat berbanding jawatan Perdana Menteri sekiranya itu yang dimahukan oleh majoriti rakyat.
“Saya tak boleh mendahului rakyat…rakyat perlu menangkan calon (Pakatan Rakyat) terlebih dahulu baru boleh tahu siapa PM.
“Apa yang penting Perdana Menteri itu mestilah orang Islam yang diterima semua rakyat dan tiada masalah dengan orang kerajaan, Raja serta Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media selepas memberikan ucapan dalam wacana ‘Bicara Minda’ di Kompleks Karangkraf di sini tadi.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak semasa pelancaran manifesto pada Sabtu lalu melontarkan soalan cepu mas kepada rakyat tiga calon yang boleh dipercayai untuk menjadi Perdana Menteri – sama ada Hadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dirinya sendiri.
Ditanya mengenai kerusi, Abdul Hadi berkata PAS serius dengan hasrat untuk meletakkan calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan bertanding atas lambang PAS.
“Masalah kita calon bukan Islam ini sudah jadi calon DAP dan PKR.
“PAS perlu cari kawasan yang munasabah untuk mereka,” katanya.
Photo: Berkesempatan mengziarahi keluarga Sarjan Sabaruddin bin Daud yang terkorban di Lahad Datu,  Sabah, di kg sg.Lias, Sabak Bernam, Selangor. Saya berada disini didalam majlis motivasi pilihanraya Pas Kawasan Sabak Bernam.
Katanya, pihaknya masih berusaha meletakkan calon bukan Islam di setiap negeri sebelum tarikh penamaan calon diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita sedang berusaha supaya DHPP yang terdiri daripada pelbagai bangsa akan ada. InsyaAllah calon India, calon Cina, calon Iban akan ada,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu jumlah kerusi yang akan diberikan kepada DHPP.
Photo: Admin : Petang tadi berkesempatan mengziarahi Pusara bekas ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah Allahyarham Syeikh Muhammad Abdullah di Kampung Langgar, Pokok Sena Kedah yang telah kembali kerahmatullah pada 25 Mac 2013 yang lalu. Isya'Allah malam ini akan menyampaikan ceramah pra PRU13 di Kompleks PAS Negeri Kedah, Kota Sarang Semut bersama sama pimpinan PAS Negeri.
Konsep Negara Islam
Beliau turut menolak dakwaan PAS menukar konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan kerana sukar melaksanakan hukum syariah dalam negara yang berbilang kaum.
Photo: Selamat Hari Polis ke 206
Katanya, persepsi ‘Negara Berkebajikan’ itu lebih mudah difahami dan diterima semua masyarakat majmuk di Malaysia tanpa mengenepikan hukum Islam.
“Tiada percanggahan (Negara Islam) dengan Negara Berkebajikan.
“Itu perkataan seerti dimana pertukaran konsep semata-mata untuk memudahkan orang faham dan akhirnya semua dapat terima konsep Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.
Photo: Admin : Seusai solat Jumaat dan jamuan dana PRU 13 di Masjid Rhu Muda Marang, singgah di Tanah perkuburan Bandar Marang untuk solat jenazah muslimat yang telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena