Friday 5 April 2013

Kebimbangan Dr M Sudah Terserlah - Pakatan Rakyat Kini Bijak Mengenalpasti Pergerakan 'Minda' BN...

Jumaat, 5 April 2013
Dari Media Pecacai Umno (Gel.Rakyat)
Ramalan Tun M PRU13:  BN Tumbang? 

Kenyataan Bekas PM Mahathir Mohamad sejak akhir2 ini tidak sewajarnya dipandang remeh dari setiap pimpinan BN di peringkat Cawangan, Bahagian hinggalah barisan Majlis Tertinggi.

Menerusi 22 tahun pengalaman mentadbir Negara dan Parti, sudah pasti beliau individu paling releven memberi ramalan paling tepat dalam melihat masa depan lanskap politik di Malaysia.

Apatah lagi rentetan kronologi penglibatan politik satu2 nya Pemimpin Tertinggi UMNO yang lahir dan dibesarkan dari kalangan golongan kebanyakan ini. Ketegasan prinsip tidak dipamer menerusi teriakan di pentas. Akan tetapi terkenal dengan nada sinis sebagai peringatan buat parti dan pemerintah.


Menurutnya, dalam sistem demokrasi, kerajaan yang lemah amat mudah diserang dan kekuatan mereka akan terus merosot jika tidak berani bertindak.

“Untuk menghadapi PRU13, pemimpin-pemimpin kena berani menonjolkan diri, jangan takut, jika terus takut maka BN akan terus diserang dari pelbagai penjuru.

Peringatan Mahathir ini mesej paling jelas dan mesti dititikberat setiap pimpinan BN di seluruh kawasan. Dasar dan Prinsip Kerajaan adalah benar2 berkepentingan Suara dari Mulut Rakyat dan bukannya Suara Rakyat dari Mulut Anwar.

Jangan hanya kerana ugutan persepsi demi persepsi Pembangkang yang kian bijak mengenalpasti pergerakan 'minda' Kerajaan.


Ada yang mendakwa Mahathir sewajarnya tidak perlu campurtangan dalam hal politik UMNO mahupun Kerajaan. Anda silap.
Mahathir tidak campurtangan. Mahathir hanya memberi peringatan. Bukan arahan.


GELOMBANG RAKYAT
Pencacai BN Semakin Tertekan
 comments:
Anonymous says
Mantan PM Tun Mahathir tinggalkan satu amanah dalam keadaan terbaik tetapi penggantinya Mantan PM Pak Lah lemah dan terlalu lemah punca menyebabkan kemelutan politik di negara Malaysia.
PM sekarang Najib terlalu mengikut kehendak dan tekanan pihak lawan demi menjaga matlamat 1Malaysia. Menteri dibawah naungan Najib juga lemah terutama Menteri Dalam Negeri.

Anonymous says
kalau Umno bn mahu menang majoriti 2/3 pru 13 iaitu Umno bn mesti tawan Kelantan krn di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur adalah Umno dan bn tidak akan menang banyak kerusi disanadengan melihat isu semasa sekarang


Warisan tmk  Reply
Aku amat bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir bahawa ISA tidak wajar dihapuskan. Buktinya, setelah ISA dihapuskan, apakah sokongan pengundi Cina kembali kepada BN? Jawapannya TIDAK!!!!

Apa yang amat menghairankan aku ialah apabila Anwar Ibrahim mengugut untuk TOPPLE KERAJAAN ala-Arab spring, semua agensi keselamatan buat PEKAK TELINGA sahaja. Menteri pun tak ada ambil tahu...

Dari membuang masa untuk memujuk rayu pengundi-pengundi Cina, UMNO lebih bijak jika mengambil daya usaha serius untuk mengajak PAS bekerjasama, termasuk menawarkan formula pembahagian kerusi/kuasa yang tidak menggugat kedudukan wakil rakyat PAS sediada.

Kalau Melayu bersatu, kita nak hantar balik kaum TIDAK MENGENANG JASA ke negara asal nenek moyang mereka pun tak ada masalah.

Anonymous says: Reply
Sebenarnya BN memang sangat kuat masa zaman Mahathir dulu. Pengikut2nya sudah terlalu lama menyokong beliau dan pengikut2nya dan rakyat sudah sangat selesa. Semasa transisi kepada Pak Lah, beliau cuba menaikkan penyokong beliau menyebabkan penyokong Mahathir tak puas hati. Itu yang menyebabkan tsunami politik. Pada masa itu PR tidaklah sangat kuat dan kemenangan mereka di beberapa negeri adalah disebabkan perpecahan BN. Najib juga tidak mempunyai ramai penyokong kuat dan sangat bergantung kepada penyokong Mahathir yang dulu. Sekiranya BN ingin menang, kesemua kem BN perlu bersatu. Penyokong2 Mahathir juga perlu menyokong sesiapa yang dipilih oleh Najib. Penyokong2 Mahathir yang sudah lama mendapat rahmat pada zaman Mahathir dulu perlulah menerima hakikat yang Najib juga ada sedikit pilihan sendiri. Janganlah penyokong Mahathir berpaling tadah. Berilah peluang kepada Najib. Najib mempunyai cara tersendiri memerintah negara. Mahathir sudah puas memerintah negara selama 22 tahun dan itu satu tempoh masa yang sangat lama. Penyokong2 Mahathir pun sudah puas mendapat habuan. Dahulu Najib sudah menyokong Mahathir semasa krisis UMNO. Silap2 Mahathir tidak akan terus menjadi PM kalau bukan disebabkan Najib. Oleh itu penyokong2 Mahathir yang sudah mempunyai capital yang sangat besar perlu sokong 100% sesiapapun pilihan Najib. Janganlah bila Najib naikkan sedikit orang beliau, penyokong2 Mahathir akan sabotaj.
Mampuih La Hampa


RED CARD TO NAJIB. ... INI KALILAH...!!
Posted by Firdaus Omar
Sapa PANAS bila rakyat bangkit.
Takbir...Allahuakbar

N23 DUN MANJOI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena