Monday 1 April 2013

Dr Mahathir: Johor Akan Jadi 'Kubur' Kit Siang - Cabar-mencabar Dr M & Kit Siang

Selasa, 2 April 2013
Kerana Takbur, Telur Mahathir Kini Diuji Di Gelang Patah
Kit Siang: Saya tunggu Dr M di Gelang Patah
 
Pertarungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) untuk meneruskan survival politik di Johor semakin sengit apabila veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melawannya di Gelang Patah.

“Saya yakin tiada pihak akan kata ‘Tidak’ .... lagipun beliau lebih berkuasa dengan berselindung ‘dibalik tabir’ apabila sama sibuk semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun lalu dengan kenyataan-kenyataan hariannya kepada pemimpin Umno dan BN,” kata Kit Siang ketika berucap di Taman Molek, Johor Jaya, di sini.

Jelas Ketua Parlimen DAP itu lagi, dengan bertanding di Gelang Patah juga, kedua-dua seteru politik itu bakal membuktikan “siapa yang akan terkubur” apabila mempertaruhkan nasib mereka kepada pengundi di kawasan yang menjadi milik BN sejak sekian lama.

Menurut Kit Siang lagi, beliau berani meninggalkan kerusi Ipoh Timor yang ditandinginya dan memiliki kedudukan selesa berbanding untung nasib yang belum diketahui di Gelang Patah, serta mempersoalkan keberanian Dr Mahathir untuk melakukan tindakan sama dengan bertanding menentangnya di kerusi yang kini menjadi milik Tan Ah Heng, yang merupakan Ketua Wanita MCA Johor.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau.

“Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” tegasnya.

Gelang Patah menjadi perhatian apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kit Siang akan bertanding di kawasan berkenaan, sekaligus menamatkan konflik perebutan kerusi berkenaan antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, dan Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.

“Adakah Dr Mahathir sedia menyerahkan hayat politiknya kepada pengundi Gelang Patah,?” soal Kit Siang dalam ucapannya.

Gelang Patah yang dimenangi parti komponen BN daripada MCA menunjukkan majoriti besar apabila menewaskan calon PKR dalam Pilihan Raya 2008, 9,000 undi.

“Meninggalkan Ipoh Timor yang saya menangi dengan majoriti 21,000 undi pada PRU 2008 untuk Gelang Patah, saya diibaratkan ‘menggantung diri’.

“Berdasarkan sejarah Gelang Patah yang sering memihak kepada BN, Dr Mahathir seharusnya akan menang selesa dengan majoriti besar,” kata Kit Siang.

“Saya tunggu Mahathir di Gelang Patah.”

Dr Mahathir malam tadi menyeru rakyat Johor untuk menamatkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dalam Pilihan Raya 2013 dalam rangka untuk membantu BN mempertahankan kubu kuat mereka daripada kemaraan pembangkang.

“Sekarang ni Lim Kit Siang nak datang ke Johor, mudahlah, boleh menang bila-bila jam. Orang Johor mesti ganyang dia habis-habis ... biar itu jadi hari terakhir dia dalam bidang politik,” kata Dr Mahathir dihadapan ribuan orang di projek perumahan rakyat anjuran Umno Pulai di luar Hospital Pulai di sini.

Kedatangan beliau di sini selepas ceramah Pekatan Rakyat (PR) hampir setiap malam dan yakin akan menang beberapa kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri kelahiran Umno itu.

Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengkhususkan kepada Kit Siang, musuh politiknya semenjak beliau masih perdana menteri bermula 1982, sehingga bersara pada 2003.

“Kalau dia nak bertanding di Penang, Melaka kita faham, tapi nak serang kubu Umno di Johor ini perbuatan bodoh, tak masuk akal,” Dr Mahathir memperlekehkan Lim, pemimpin veteran DAP yang merupakan anak kelahiran Johor.

Beliau mengatakan pemimpin DAP itu seharusnya memikirkan persaraannya oleh kerana sudah lama berada dalam politik dan partinya sering bercakap soal perubahan.
Posted By Greenboc
LIM KIT SIANG CABAR TUN MADEY BERTANDING DI GELANG PATAH... AYUH TUN TUNJUKAN KEJANTANAN TUN... KAH KAH KAH !

Itu lah PASAL beb... kalau dah BERSARA tu buat aje lah cara dah BERSARA... kan ke lagi BAIK kalau beliau DUDUK DIAM dan BERISTIREHAT dengan ISTERI serta ANAK CUCU... ini masanya pun untuk menghabiskan HARTA RAKYAT yang beliau ROMPAK semasa jadi Perdana Menteri selama 22 Tahun tu sebelum AJAL TIBA... ini tidak konon nak BERJUANG SAMPAI KETITISAN DARAH TERAKHIR lah... kan TAK PASAL-PASAL dah kena CABAR dengan Penasihat DAP Lim kit Siang (LKS)... sekarang siapa yang MALU beb... beliau sendiri jugak yang MALU... itu pun kalau ada PERASAAN MALU lah beb... tapi gua rasa untuk ISI PERUT UMNO mana ada Perasaan MALU beb... kalau ada MALU mana mungkin selepas MEROMPAK masih hendak lagi MEMINTA diberikan KEPERCAYAAN...  kah kah kah !.

Lu orang AGAK-AGAK lah beb... ada ke Tun Mahathir (Tun Madey) ni BERANI untuk MENYAHUT CABARAN dari LKS bagi BERTANDIING di Kerusi Parlimen GELANG PATAH tu beb... jangan cerita pasal MENANG atau KALAH dulu... kerana kalau cerita pasal MENANG atau KALAH ke... itu hanya cerita aje beb... sebab ada yang BERKOKOK macam AYAM JANTAN dan siap kata BOLEH MENANG lah... YAKIN MENANG lah dan PASTI MENANG lah... bukan setakat MENANG aje beb tapi  MENANG 2/3 Kerusi lagi gua cakap lu... tapi nak BUBARKAN Parlimen pun masih TAKUT beb... kerana apa... kerana ia hanya CERITA KOSONG TANPA ASAS demi untuk MENIPU Ahli Umno yang SENANG DITIPU tu...  kah kah kah !.

Gua berani SUNAT sekali lagi lah beb kalau beliau BERANI untuk MENYAHUT CABARAN LKS... sebab beliau BUKAN NYA BODOH untuk MENYAHUT CABARAN LKS tu beb... beliau CERDIK tapi KECERDIKAN beliau lebih kepada MENIPU... dan kerana CERDIK MENIPU  lah beliau dapat menjadi Presiden Umno untuk DUA NYAWA UMNO... satu NYAWA untuk untuk Umno yang DITUBUHKAN pada Tahun 1946 yang kemudian beliau BUNUH pada Tahun 1987... dan NYAWA yang kedua ialah untuk Umno yang DITUBUHKAN pada Tahun 1988... yang beliau menjadi sebagai KETUA PENAJA nya... nampak tak lu orang betapa CERDIK nya beliau MENIPU hinggakan kebanyakan ISI PERUT UMNO TERTIPU sampai sekarang... tapi AHAMDULILLAH banyak yang sudah SEDAR dan tahu siapa itu Tun Madey... kah kah kah !.

Sebab itu gua katakan beliau TIDAK akan MENYAHUT CABARAN dari LKS beb... kerana beliau tahu akan SITUASI POLITIK TERKINI... kalau tidak masakan beliau yang dah BERSARA terpaksa TURUN PADANG demi memberi PERNAFASAN TERAKHIR pada Umno beb... bagaimana beliau mahu BERTANDING di Parlimen GELANG PATAH sedangkan Pengaruh beliau didalam Umno KHUSUS nya di Bahagian KUBANG PASU pun sudah MEROSOT... sebab itu juga semasa BERTANDING sebagai PERWAKILAN UMNO ke Persidangan Agong Umno beliau telah TEWAS beb... ini kan pulak untuk BERTANDING di LUAR Kubang Pasu... ditambah lagi SEJARAH yang hanya MENANG DIKANDANG SENDIRI dan belum pernah BERTANDING DILUAR KANDANG SENDIRI...  kah kah kah !.

Namun yang gua PASTI ialah TELOR beliau bertambah KECUT SEKECUT KECUT nya bila dengar aje CABARAN dari LKS tu beb... cuma tak ada lah beliau nak cakap kat lu orang yang beliau TAKUT beb... dah namanya pun PEJUANG HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR... kah kah kah... apa ALASAN untuk beliau MENOLAK kena lah tunggu kenyataan dari beliau beb... namum pada KEBIASAAN yang biasa nya beliau akan cakap ialah beliau SUDAH BERSARA... tapi kini hanya untuk MEMBALAS BUDI orang yang pernah MEMBANTU beliau dahulu... dan entah apa lagi lah yang bla bla bla bla... SESEDAP TEKAK MAMAK beliau aje untuk memberi ALASAN... itu lah dia Tun Madey yang menjadi KEBANGGAAN pada kebanyakan ISI PERUT UMNO yang BEBAL MELANTUN-LANTUN... kah kah kah !.

Apa yang nampak pada pandangan gua lah beb... tak tahu lah gua pada pandangan lu orang macam mana... Tun Madey ni sebenarnya pertama beliau SUDAH NYANYUK yang mungkin atas FAKTOR USIA... kedua beliau MUDAH LUPA dengan KISAH LAMPAU atau PENYAKIT MELAYU MUDAH LUPA... Penyakit ini juga ada pada KEBANYAKAN ISI PERUT UMNO...  dan atas sebab itu jugalah beliau antara yang MEMBUNUH UMNO tetapi tetap DISAYANG serta DISANJUNG... mana mungkin SI PEMBUNUH boleh DISAYANG dan DISANJUNG kalau tidak kerana MUDAH LUPA akan KISAH LAMPAU... kecuali lah BEBAL MELANTUN-LANTUN beb... kerana yang jenis ini adalah PANDAI TAK BOLEH DI IKUT dan BODOH TAK BOLEH DI AJAR beb... kah kah kah !.

Oleh kerana sudah NYANYUK lah beliau beliau boleh mengatakan bahawa"SUDAH BERPULUH TAHUN YANG CERDIK PANDAI TAK MASUK UMNO" atau dalam BAHASA INDAH nya "HANYA YANG BEBAL MELANTUN-LANTUN SAHAJA YANG MASUK UMNO"... kah kah kah... dan kerana NYANYUK jugak beliau sanggup mengatakan "LEBIH BAIK MEMILIH SYAITAN YANG DIKENALI DARI MALAIKAT YANG TIDAK DIKENALI"... walau apa pun ALASAN untuk BARUA-BARUA UMNO membenarkan kata-kata Tun Madey tersebut ianya hanya MENAMPAKAN lagi KEBEBALAN MELANTUN-LANTUN dia orang... kerana menyamakan UMNO dengan WAJAH SEBENAR UMNO iaitu SYAITAN YANG DIKENALI... kah kah kah !. sumber mk


hemmmmm..... apakah telahan gua salah atau sejarah akan terjadi dengan bertandingnya kembali bekas perdana menteri dan bekas presiden umno... itu kena tunggu lah beb... dan gua pun tengah tengok gak ni... ada ke tempat lagi untuk gua sunat sekali lagi ni... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 12:19:00 PG


TUESDAY, APRIL 02, 2013
Lim Kit Siang cabar Mahathir tunjuk teloq


Apakah Mahathir  benar-benar ada teloq untuk  menyahut cabaran Lim Kit Siang untuk supaya gelanggang daripada hanya menyalak-nyalak di luar gelanggang?

Lim Kit Siang mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah untuk membolehkan rakyat Johor memilih sama ada untuk menguburkan kerjaya politik beliau atau masa depan bekas perdana menteri tersebut. Ada beranikah?

Mahathir sebelum ini menggesa agar rakyat Johor menjadikan pilihan raya umum kali ini sebagai medan untuk menguburkan kerjaya politik Lim Kit Siang.

Syabas kepada Lim Kit siang yang berani meninggalkan Ipoh Timor yang dimenanginya dengan majoriti 21,000 undi pada PRU 2008 untuk Gelang Patah!

Lim Kit Siang diibaratkan ‘menggantung diri’ kerana Gelang Patah adalah kubu kuat MCA, parti komponen BN yang menewaskan calon PKR dalam Pilihan Raya 2008, 9,000 undi.

Kita tunggu apa jawapan Mahathir. Kalau dia menolak untuk berdepan dengan Lim Kit Siang di kubu kuat BN , maknanya Mahathir ini seorang yang penakut!

Eloklah dia buang teloq dia tu sebab ternyata teloq yang ada padanya tu teloq tembelang! Baca di sini
Catatan Oleh alhusseyn pada 12:30 am

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena