Atikel Pilihan Terbaik Untuk Anda
Saat Kedukaan UMNOBN Telah Tiba!
Generasi muda dan mereka yang terdedah kepada internet dan maklumat langit terbuka, memang diketahui tidak memihak kepada UMNO dan BN. Mereka begitu skeptikal dan melihat ada saja yang tidak kena yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan sekarang. Isu rasuah, pembaziran, pengumpulan kekayaan keluarga pemimpin dan ekonomi adalah antara isu yang menyebabkan mereka tidak memihak kepada kerajaan.
Kedudukan pengundi bukan Melayu ini sebenarnya amat membimbangkan UMNO. MCA, MIC dan Gerakan bagai sudah hilang upaya untuk memujuk mereka kembali bersama BN dan kerajaan. MCA kini memiliki 15 kerusi Parlimen yang dimenangi dalam pilihanraya lalu dan MCA sampai memberitahu pengundi Cina bahawa mereka tidak akan menyertai kabinet jika kerusi dimenangi kurang daripada itu. Tetapi tindakan itu disifatkan sebagai ugutan oleh pengundi Cina dan mereka memberitahu balik MCA, jangan cuba ugut kami!
Hakikatnya, penolakan pengundi Cina berlaku di mana-mana. Pemimpin PR pula amat yakin pengundi Cina akan bersama mereka. Lim Kit Siang misalnya sanggup berpindah dari kawasan selamat di Ipoh Timur ke Gelang Patah walaupun sedar kawasan itu dimenangi oleh MCA dalam pilihanraya lalu dengan majoriti lebih 5 ribu undi.
Sementara kedudukan pengundi Cina merisaukan BN, ia sebaliknya bakal memberi kelebihan kepada PR dan di mana terdapat pengundi Cina melebihi 30 peratus, ia sudah boleh dianggap "lubang maut" bagi BN.
Jika perkara itu yang merisaukan Najib, maka tidak hairanlah beliau kelihatan sugul dan tidak ceria ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari Rabu lalu.
Tetapi jika dihalusi secara mendalam senario politik negara secara keseluruhannya, beban Najib juga diberatkan lagi oleh dua perkara lainnya iaitu kedudukan orang Melayu yang smakin ramai tidak lagi mahu menyokong UMNO dan sentimen pegawai kerajaan yang mungkin menjadi "bom jangka" ketika hari pengundian nanti.
Dulu orang Melayu sinonim dengan UMNO dan ramai yang bangga menjadi ahli UMNO. Ketika ini suasana sudah banyak berubah dan kaitan itu menjadi semakin rapuh terutama di kalangan orang muda dan profesional. Menyokong UMNO sudah dianggap tidak mengikut trend dan poyo, sebaliknya menjadi kritis dan berani menyanggah banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan dan pemimpin UMNO kerapkali mengundang pujian dan sanjungan.
Dengan campuran kebangkitan Melayu Johor dan kesepakatan pengundi Cina, beberapa pemimpin UMNO Johor sendiri percaya BN akan kehilangan banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang ini. Jika pemimpin PR mensasarkan mampu menawan antara 9 hingga 14 kerusi Parlimen di Johor, ada pula pemimpin UMNO sendiri yang berani bertaruh sekurang-kurangnya 7 kerusi BN akan melayang kali ini.
Dahulu, pegawai kerajaan boleh dikatakan solid memihak kepada kerajaan. Bahkan sering diungkapkan UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO tetapi kini tanggapan itu sudah berubah. UMNO itu UMNO dan kerajaan itu rakyat. Walaupun Najib cuba menabur pelbagai imbuhan dan memberi kenaikan gaji kepada pegawai kerajaan, sentimen penentangan masih lagi kuat di kalangan pegawai kerajaan pelbagai peringkat.
Sesetengahnya menjadi menyampah dengan UMNO kerana perilaku pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan itu sendiri. Sikap pemimpin yang suka mengarah, sombong, mahu itu dan ini dan sebagainya ketika memegang jawatan dalam kerajaan, secara perlahan menyebabkan mereka meragui kemurnian dan suci hati perjuangan UMNO itu sendiri.
Sikap guru-guru juga sudah banyak berubah. Dahulu ramai guru menyertai UMNO dan cenderung menyokong UMNO tetapi kini jumlah yang memihak kepada pembangkang dan mahukan perubahan serta berani hadir di majlis-majlis anjuran PR semakin ramai jumlahnya. Mereka tidak lagi hanya berani dengan murid tetapi juga sudah mula berani menyuarakan keinginan terhadap perubahan dalam masyarakat terbuka.
0 comments:
Post a Comment