Saturday 6 April 2013

NAJIB KETANDUSAN IDEA - Najib Altantuya Telah 'Membunuh Diri' Dengan Menyampaikan Manifesto Ciplak PR!

Ahad, 7 April 2013
Manifesto Najib Bakal Humban BN Dari Putrajaya!
Gula-gula Najib Altantuya seperti bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan dari RM500 kepada RM1200 sekiranya mandat diberikan semula juga pantas ditempelak penyokong Pakatan Rakyat yang secara sinis berkata apa gunanya umum pendapatan naik 41% tetapi bantuan BR1M dinaikkan pula.

Tidak cukup dengan itu, idea Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga kereta juga ditiru bulat-bulat Najib Altantuya walaupun sebelum itu menempelak Pakatan Rakyat kononnya negara akan muflis sekiranya cadangan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dilaksanakan.
Selain itu janji kitar semula seperti pembinaan lebuhraya Pan Borneo antara Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah turut diciplak tanpa rasa malu apatah lagi mengakui bahawa Pakatan Rakyat bukan setakat akan membina lebuhraya tersebut malah turut memanjangkannya kepada pantai timur Sabah seperti ke Sandakan dan Semporna pada majlis deklarasi Hari Malaysia di Kuching pada 16 September tahun lalu.
Sambil mengakui pilihanraya ini merupakan hidup atau mati BN dalam politik negara, Najib Altantuya juga tanpa segan silu merayu supaya mandat terus diberikan kepada BN tanpa memerhatikan pemimpin di sekelilingnya sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Lihat saja Taib Mahmud, Shahrizat Jalil, Muhyiddin Yassin malah ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sendiri, kesemuanya terpalit dengan skandal rasuah dan Khairy pula dikaitkan dengan hutang tak berbayar RM9 juta dengan Bank Pertanian Malaysia semasa bapa mertuanya berkuasa dulu.

Pembentangan manifesto BN yang dilakukan serba kacau bilau diburukkan lagi dengan kehadiran penonton yang dibayar dengan wang saku dan diberi sekeping kad I Love PM sebagai tanda sokongan.
Tambah memalukan apabila kerusi yang sepatutnya penuh di atas tidak mampu disorokkan media rejim Umno seperti TV3 apabila pantas mengalih kedudukan kamera apabila mengetahui kedudukan Najib Altantuya dibayangi dengan lautan kerusi merah di belakangnya.

Persoalannya, mengapa Najib Altantuya seakan 'membunuh diri' dengan menyampaikan manifesto ciplak di saat BN sangat memerlukan sokongan bagi meneruskan pemerintahan di Putrajaya

Klimaks manifesto yang ditunggu-tunggu akhirnya tidak muncul kerana ramai yang mengharapkan Najib Altantuya mengumumkan akan memerangi rasuah dan salah guna kuasa pemimpin Umno dan BN sendiri termasuk Taib.
Posted by Kedah La at 11:37 PM
Manifesto BN Menjanjikan Lebih Banyak Kawasan "PAS" di Malaysia..
KB Sentral
Barisan Nasional (BN) menjanjikan Malaysia yang lebih hijau dengan persekitaran semula jadi lebih efektif untuk flora dan fauna bagi tempoh lima tahun akan datang.

Dalam manifesto bertema 'Rakyat Didahulukan' dilancar Pengerusinya, DatukSeri Najib Tun Razak di sini pada malam Ahad, BN berjanji untuk menawarkan insentifkewangan kepada premis komersil serta persendirian yang melabur dalam sumberteknologi hijau boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.

"BN akan memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar utama di samping memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebat usaha itu melalui program khas, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Sungai Nadi Kehidupan.

JuRaGan : InsayAllah selepas PRU ini akan lebih banyak "Hijau" di Malaysia..terutamanya di Putra Jaya apabila PAS memenangi banyak kawasan yang dipertandingnya di seluruh negara..InsyaAllah ini kali la..
Nukilan Oleh Juragan pada 1:35 PG

Jika Segelintir Orang India Sokong PAS, Mengapa Majoriti Orang Melayu Tidak Boleh?
Takbir...Allahuakbar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena