Tuesday 2 April 2013

PRU13 - Sumpah Melayu & Bersedialah UMNO Jadi Pembangkang!

Selasa, 2 April 2013
Sumpah MELAYU 
Tanggal 10 Februari 1946 bersamaan 8 Rabi’ulawal 1365H, orang Melayu di seluruh negara telah diajak untuk berhimpun secara besar-besaran di Batu Pahat bagi melakukan upacara mengangkat sumpah.

Ia merupakan satu ikrar yang mengandungi agenda atau garis panduan yang wajib dipatuhi dan ditaati oleh kesemua orang Melayu bagi membentuk seterusnya mengekalkan ketamadunan bangsa. Ikrar ini juga disebut sebagai ‘Sumpah Melayu’ untuk Melayu. Maka orang Melayu pun bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus mengharungi cabaran masa depan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara. Lalu termaktublah sumpah ini sebagai SUMPAH MELAYU.

Kenapa Melayu takut membicarakan sumpah mereka? Kenapa Melayu takut membicarakan perjuangan Melayu? Adakah kerana ini menghilangkan rasa moden di kalangan mereka? Adakah ini menunjukkan bahawa kita tidak maju bila membicarakan tentang perjuangan bangsa? 

Melayu sebenarnya perlu sedar dan perlu menjelaskan. Ketegasan kita memperkatakan hak dengan penjelasan yang sempurna. Kita perlu pertahankan sumpah kita kerana kita tidak mahu kedaulatan Melayu mengalir meninggalkan kita – lebih buruk bila Melayu beransur hilang di bumi sendiri. 

Kita mesti mengenal apa yang perlu kita perjuangkan dan pertahankan. Jangan terleka dengan perjuangan politik yang mementingkan segelintir mereka yang mahu terus berkuasa. Kita mahu mereka yang turut membicarakan hak yang perlu dipertahankan demi Melayu untuk Melayu.

SUMPAH MELAYU
KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah sama sendiri. KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama Islam. KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk :

•Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;

•Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;

•Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan

•Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.
UMNO bakal Cetuskan Keganasan Jika Kalah PRU13 ???

UMNO tidak pernah kalah dalam Pilihanraya Umum walaupun sekali.   Apakah ini maksudnya UMNO akan mencetuskan keganasan bila mereka Kalah dalam PRU13 ini ???  Cuba mengugut dan menakutkan rakyat dengan pertumpahan darah.???  Pakatan Rakyat tidak pernah menang dalam menawan Kerajaan Persekutuan setiap kali Pilihanraya.   Tapi tidak berlaku keganasan.  Kita inginkan keamanan.  Inikah parti yang akan kita sokong??? 

Panglima7
Jika Pakatan Rakyat menang...Kita akan pastikan keamanan untuk Rakyat walaupun kemungkinan UMNO dijangka mencetuskan huru hara akibat kekalahan mereka.

UMNO Kaki Ngadu Domba, Punca Pepecahan Umat Melayu

Bukalah mata anda bagaimana Kurang Ajarnya UMNO terhadap Sultan.
Gambar ini sudah cukup menceritakan segala-galanya bahawa UMNO sebesar-besar Penderhaka Kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Kalau dilihat politik UMNO, puak-puak ini tidak kira peringkat bawahan mahupun pemimpin, mereka mengamalkan politik melaga-lagakan orang.  Dengan lebih tepat lagi politik mengadu domba. Politik yang TERKEJI.    Mereka menfitnah, mencaci maki dan menghamun dan mencerca musuh politik mereka lebih-lebih lagi yang sebangsa dan seagama dengan mereka.  Sungguh malang bagi orang Melayu yang bernaung dibawah payung UMNO.
Panglima 7
Ko Nak Derhaka Pd Sultan ??..Kalau Tak, Kembalikan Kuasa Sultan Selangor.
Telah nyata sekarang bahawa UMNO BN Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk tidak hadir pada persidangan DUN Tergempar Negeri Selangor pada 24hb Januari ini bagi mengelakkan diri dari meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri kepada Sultan.
Panglima 7
Umno Berfatwa?
Kalau dikata UMNO/BN kerajaan yang baik.. hmmm.. entah apalah baiknya akupun tak tahu... cuba korang tolong senaraikan kebaikan UMNO/BN terhadap rakyat kebelakangan ni.. ASD

Betulkah Najib pencipta 1Malaysia yang ori.....

Kalau 1 Israel dicipta pada tahun 1999,Najib jadi PM pada tahun 2009, maka tak logik pula kalau nak tuduh Isreal tiru konsep 1Isreal daripada Malaysia?

Indonesia yang juga menggunakan khidmat dari APCO ini menggunakan konsep yang sama seperti 1 Israel dan 1 Malaysia iaitu 1Indonesia.



UMNO-UPCO

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena