Wednesday 3 April 2013

Punca Najib BUBAR: Najib Dah Bayangkan UMNO/BN Akan Kalah Kali Ini.. Monyok & Tertekan!


Rabu, 3 April 2013
Berkempen Menumbangkan UMNOBN

Disamping gelabah hingga tersasul menyebut tarikh pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa hari ini, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang merupakan Presiden UMNO telah membayangkan akan kekalahan yang akan UMNO/BN hadapi.

Bekas Perdana Menteri Malaysia itu dalam pengumumannya telah menyebut tarikh pembubaran Parlimen ialah 03 April 2012 bukannya 03 April 2013.. lihat videonya di ( SINI )

Dipercayai ianya akibat gelabah memikirkan nasibnya selepas Pilihanraya nanti kerana beliau telah membayangkan akan kehilangan kuasa yang akan UMNO/BN hadapi.

Katanya "Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan tertib. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi,".

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa sebarang peralihan kuasa selepas pilihan raya umum ke-13, jika ada, akan berlangsung dengan aman.

Bercakap ketika mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini, Najib menegaskan, kerajaan sedia ada sentiasa menjunjung prinsip demokrasi, tekad tranformasi politik yang dilaungkan serta komitmen dalam menghormati suara rakyat.

"Saya ingin jamin, kerajaan sedia ada akan meneruskan tugas sesuai dengan undang-undang sehingga selesai pilihan raya.

"Saya juga ingin menyeru, jika berlaku sebarang peralihan kuasa, ia akan berlangsung secara aman dan terbit. Ini iltizam kita untuk menjunjung prinsip demokrasi," katanya.

Dalam pengumumannya selama 13 minit itu, perdana menteri merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada kerajaan BN untuk menerajui kepimpinan negara sejak lima tahun yang lepas.

"Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan rakyat, kami telah dan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya," katanya ~ Malaysiakini

Jika Najib yang telah diberikan mandat sebagai Perdana Menteri Malaysia oleh Pak Lah yang menerima seluruh maklumat risikan baik dari PDRM atau Tentera serta pihak UMNO sendiri telah membayangkan akan peralihan kuasa itu... macai-macai UMNO diluar sana tunggu apa lagi??

Berhentilah menyokong UMNO/BN itu.. dan jangan biarkan diri anda terus menjadi mangsa pembodohan pemimpin UMNO yang gila untuk kekal berkuasa...
Posted by Anak Sungai Derhaka at Wednesday, April 03, 2013

Punca Najib Bubar Parlimen Hari Ini Tersebar..
Posted by Addin Deen
PAS percaya pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Najib  hari ini dibuat selepas beliau mendapat tekanan hebat dari pihak dalam Umno BN sendiri.

Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali berkata, Najib sebenarnya tidak berhasrat untuk membuat pembubaran parlimen awal namun kerana ada desakan dan beberapa faktor yang dilihat 'sesuai' untuk pembubaran, maka pembubaran akhirnya dibuat hari ini.

"Saya mendapat info sebenarnya Najib Altantuya tak berhasrat untuk membubarkan parlimen awal. Tapi sebab dia dapat desakan dari dalam dan dia melihat seolah-olah ada sedikit kekecohan dalam Pakatan Rakyat soal pembahagian kerusi.

"Jadi dia menggunakan kesempatan ini untuk membubarkan parlimen," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, jika Najib  membubarkan parlimen atas maklumat bahawa hubungan Pakatan Rakyat 'retak' ekoran pembahagian kerusi, telahan Najib Altantuya tersebut ternyata silap.

"Tapi sebenarnya Najib  silap kerana soal pembahagian kerusi Pakatan dah selesaikan awal.

"Kerjasama pakatan kekal malah semakin utuh dan kita dapat selesaikan pembahagian kerusi secara cepat," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman pembubaran parlimen oleh Najib yang disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dengan pembubaran tersebut juga, Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai tempoh 60 hari untuk mengadakan pilihanraya.

Semalam, Mustafa membayangkan kemungkinan PRI13 hanya akan berlaku selewat-lewatnya akhir Mei memandangkan Najib Altantuya dilihat tidak bersedia.

Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan semua parti khususnya BN supaya dapat bertanding secara gentleman, bersih, dan tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi prinsip pilihanraya.

"PAS harap pimpinan-pimpinan BN dapat bertindak scara gentlemanlah.

"Kepada semua ahli, kita bersiap sedia menghadapi PRU semaksima mungikin untuk memenangkan PAS dan Pakatan," katanya. ~harakahdaily

Anak Sungai Derhaka
Gambar ni tak ada kena mengena dengan politik di Malaysia...

"This is a picture of a little Iraqi boy in an orphanage, he drew a picture of his mother on the floor and slept on her arm..." ~ The Muslim Times

Moral of the story.. yang masih ada emak.. hargailah sementara mereka masih ada...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena