Monday 1 April 2013

*Video Hebat PERKASA @ PEKIDA Kg.Tapah Ni...PERKASA DIPERKUDA UMNO!!! AJK Perkasa minta ahli Perkasa tinggalkan UMNO!

Pak Din KB berceramah di Kampung Tapah Selama
31 Mac -- Kampung Tapah Selama Perak,berlangsung siri ceramah isu semasa anjuran PAS Selama Perak yang menampilkan beberapa penceramah dan salah seorangnya Pak Din KB atau nama sebenar Adris B. Salleh 66.
Beliau masih lagi Ahli Jawatan Kuasa (AJK)  Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Daerah Kerian Perak. Keahlian dan perjawatan beliau dalam PERKASA sehingga hari ini masih sah,kerana tiada sebarang surat pemecatan atau lucutan apa-apa jawatan tidak diterima Pak Din KB sejak menyertai PAS secara rasmi beberapa bulan lalu.

Pak Din KB juga menyatakan dalam ceramahnya disini bahawa ada juga wakil PERKASA datang memujuknya supaya kembali kepada UMNO selepas beberapa hari menyertai PAS secara rasmi.
Perkara ini sungguh memalukan bagi Pak Din KB kerana PERKASA adalah sebuah NGO yang terang-terang menjadi alat yang diperkudakan oleh UMNO .

Pak Din merayu supaya ahli PERKASA jangan jadi hamba suruhan UMNO dan sewajarnya semua ahli PERKASA berubah,tinggalah dan datanglah menyertai Pakatan Rakyat, sama-sama berjuang dengan Pakatan Rakyat.

"Apa guna duduk dibawah PERKASA yang menjadi hamba abdi yang dipergunakan oleh UMNO..lebih baik keluar dari PERKASA,keluar dari UMNO. Wahai ahli PERKASA....sedarlah diri,tinggalah UMNO..!!!"  - Ujar Pak Din dengan penuh bersemangat dipentas ceramah PAS di sini.

Selama 30 tahun lebih Pak Din KB bersama UMNO telah banyak mengajar erti perjuangan dalam UMNO yang hanya mementingkan poket kroni pihak atasan sahaja. Paling membanggakan bagi Pak Din KB ialah ada juga segolongan ahli UMNO yang mengucapkan tahniah kepadanya kerana berani membuat tindakan keluar dari UMNO.

"Memang ramai dikalangan ahli UMNO dikampung-kampung  yang sudah muak dengan perangai dan sikap hipokrik para pemimpin UMNO dibahagian,negeri dan pusat.
Mereka memang nampak macam berada didalam UMNO akan tetapi mereka sebenarnya tidak menyokong lagi UMNO " - Pak Din KB mendedahkan situasi sokongan politik sekarang.

Pak Din KB dalam ceramah malam ini juga mengatakan akan mendedahkan segala bahan bukti kerja jahat tangan UMNO terutamanya di kawasan beliau iaitu di Bagan Serai dan Parit Buntar. "Saya hanya menunggu pembubaran parlimen saja untuk mendedahkan segalanya"- ujar Pak Din.Orang ni
DULU UMNO SEKARANG PAS!!! Pak Din KB sertai PAS, tamparan hebat buat UMNO Bagan Serai
Munajat dan Ceramah Perdana PRU-13 Peringkat Negeri Perak, Masjid Tinggi Bagan Serai terlakar sejarah bagi PAS Perak apabila Adris B. Salleh 66 tahun yang lebih dikenali Pak Din KB oleh penduduk setempat menyertai PAS secara rasminya disini.
Pak Din KB yang dahulunya orang kuat UMNO dan kini menjadi ahli PAS memberi tamparan hebat buat UMNO Perak khususnya UMNO Bahagian Bagan Serai.
Pak Din KB yang sekarang menetap di Kubu Gajah Gunung Semanggol telah menjadi ahli UMNO sejak 26 tahun yang lalu juga pernah memengang banyak jawatan-jawatan terpenting didalam UMNO hari ini telah terbuka pintu hati bersama PAS untuk memperjuangankan Al-Quran dan Hadis sebagai landasan.
Antara jawatan penting yang pernah disandang Pak Din semasa didalam UMNO ialah Timbalan Ketua merangkap Ketua Penerangan UMNO Cawangan,Perwakilan UMNO Cawangan ke UMNO Bahagian Bagan Serai, Pemerhati dalam Persidangan Agung UMNO Malaysia (PAU),Pencandang untuk calon UMNO bagi N11 Gunung Semanggol dan banyak lagi.
Jawatan terakhir Pak Din KB ialah Setiausaha JKKK Bukit Putus Gunung Semanggol Perak yang dipegang selama 17 tahun.
Pak Din KB telah diberi penghormatan oleh PAS pada majlis ini apabila mewakili 30 ahli baru PAS yang lain bagi menyerahkan borang keahlian PAS kepada YBhg Ustaz  Nik Abduh Nik Aziz  Timbalan Pemuda PAS Malaysia disaksikan oleh beberapa pimpinan PAS yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena