Thursday 12 September 2013

Menjelang Muktamar PAS Ke 59: Jangan terikut-ikut dengan amalan Umno yang amat fanatik...

Jumaat, 13 September 2013
Setiap ahli PAS adalah layak untuk bertanding mana-mana jawatan parti ...

Tuan Guru Hadi Awang mula memangku jawatan Presiden apabila Ustaz Fadzil Mohd Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002. Pada Muktamar PAS ke-49 tahun 2003, beliau  telah disahkan sebagai Presiden PAS.

 Jika pada pemilihan 2013 Abdul Hadi tidak dicabar, maka beliau akan kekal  di jawatan nombor satu dalam parti untuk lima penggal berturut-turut.

 Beliau merupakan tokoh tradisional PAS yang disokong penuh oleh Dewan Ulama dan Dewan Pemuda PAS. Kebetulan mereka senegeri iaitu dari Terengganu walaupun Ketua Pemuda membina karier politik di Pahang. Kedua-dua sayap itu telah berikar menyokong kepimpinan ulama dalam PAS.

 Konsep ‘Kepimpinan Ulama’ memang diterima pakai oleh kebanyakan ahli Pas ketika ini.Tiada ahli PAS yang bencikan ulama.

Walau bagaimana pun mereka beranggapan ‘Kepimpinan Ulama’ bukan bererti kedudukan orang nombor satu dan dua hanya layak diisi oleh pemimpin berlatar belakang agama, tetapi ia merujuk kepada adanya Majlis Syura Ulama.

 Setiap ahli PAS adalah layak untuk bertanding mana-mana jawatan parti jika telah mendapat pencalonan. Malah untuk merebut jawatan Presiden sekalipun. Perlembagaan parti tidak menghalang untuk berbuat begitu.

Baru-baru ini Tuan Guru Nik Aziz dilaporkan sebagai menyatakan hasrat supaya TGHA dikekalkan sebagai Presiden. Namun jika ada yang nak mencabarnya, saya rasa TGNA sendiri pun tidak ada halangan.

 Ingat tak lagi ketika kemelut dalaman PAS timbul pada 2009, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin lain menyokong penubuhan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan seteru parti itu, Umno, atas matlamat untuk membela nasib orang Islam di negara ini, TGNA telah mencadangkan supaya tidak ada pertandingan jawatan pun semasa muktamar ke-57 (2011).

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz berkata jika pemilihan atau pertandingan tidak dapat dielakkan, beliau menyarankan pemilihan itu diadakan secara teratur dan mengikut disiplin parti. Maka berlakulah juga pertandingan pada Muktamar ke-57.Rujuk di sini

Saya kira jika jawatan presiden dipertandingkan, maka akan menonjolkan lagi sifat demokrasi yang ada dalam PAS itu sendiri. PAS jangan terikut-ikut dengan amalan Umno yang amat fanatik dengan Najib hingga tidak membenarkan kedudukan Najib dicabar oleh sesiapa.

Kita seharus menghormati hasrat YDP Pas Padang Serai, Fauzi Tahir yang menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini. Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli Pas seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.

 Setidak-tidaknya, para perwakilan akan cuba menyelidik dan mengkaji kad laporan Haji Hadi yang selama ini menjawat jawatan tersebut.

 TGNA pun dah kata, “Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya di sini

Kepada semua ahli serta perwakilan parti supaya lebih agresif dan vokal dalam menuntut perubahan kerana itulah amanah dan tanggungjawab mereka kepada pengundi.
Catatan Oleh alhusseyn pada 12:39 pm




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena