Saturday 7 January 2017

[Video] Dilabel ‘dedak’, Saifuddin minta Harakahdaily contohi jiwa besar Nik Aziz.

Sabtu, 7 Januari 2017

Dilabel ‘dedak’, Saifuddin minta Harakahdaily contohi jiwa besar Nik Aziz


SHAH ALAM – Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang dilabel ‘dedak’ oleh Harakahdaily ekoran pelantikannya sebagai Penasihat Strategik kerajaan Pulau Pinang, meminta portal itu agar mencontohi jiwa besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Saifuddin berkata, bekas menteri besar Kelantan itu pernah memberinya peluang memimpin badan berkaitan kerajaan (GLC) Kelantan pada 2004 hingga 2007, walaupun berbeza parti.
“Tidak timbul istilah Nik Abdul Aziz beri dedak kepada Saifuddin. Masa itu DAP pun tak pertikaikan, tak ada sesiapa pertikai pun,” katanya pada Jumaat.
Tambah Saifuddin, Nik Aziz turut memberi kepercayaan kepadanya untuk menjalankan program kebajikan untuk rakyat Kelantan.
“Dia (ulasan Harakahdaily) lihat setiap langkah politik yang dibuat selain daripada kerangka mereka akan memberikan suatu mudarat yang besar.
“Saya anggap ianya sebagai analisis yang cetek,” menurut Saifuddin lagi.
Terdahulu lidah rasmi PAS itu menyifatkan pelantikan Saifuddin ke jawatan Penasihat Strategik kerajaan Pulau Pinang, sebagai ‘dedak’.
“Pelantikan itu hanyalah ‘dedak’ supaya individu atau parti yang dilantik akan terikat.
“Dengan kelebihan sebagai kerajaan, DAP menggunakan kesempatan itu memberikan jawatan bagi menggerakkan misinya,” menurut komen yang diterbitkan portal itu menerusi ruangan editorial, semalam.
Menurut komen itu lagi, pelantikan Saifuddin adalah sebahagian usaha DAP menyekat sebarang kerjasama PKR dengan PAS.
Menurutnya, pelantikan ‘orang penting PKR’ dalam pentadbiran DAP itu berlaku ketika PKR masih menunjukkan ‘sayang dan rindu’ kepada PAS, yang ketika ini masih meneruskan tahaluf siyasi.
TMM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena