Friday 6 January 2017

[Video] Jubah saja cantik tapi hati busuk, selar bekas pimpinan Pas & Pas perlu jujur bersama pakatan pembangkang di Kedah.

Sabtu, 7 Januari 2017
Image result for Gambar jubah pak arab

Jubah saja cantik tapi hati busuk, selar bekas pimpinan Pas

 | ARIF ATAN
Saifudin Nasution mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang
Saifudin Nasution mengangkat sumpah sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilihat tidak disenangi pihak Pas.
Portal rasmi parti itu, Harakahdaily kelmarin menyiarkan artikel bertajuk "Saifuddin 'penimbang tara' kepentingan DAP?" dengan antara lain mendakwa jawatan tersebut bermotif kepartian bukan demi kepentingan rakyat.
Memulakan artikel sebanyak 16 perenggan itu dengan terjemahan Surah Al-Imran, penulis Izwan Abdul Halim menuduh pelantikan tersebut sebagai "dedak yang ditabur supaya individu atau pihak dilantik akan terikat."
Mengulas artikel yang dilihat membenci DAP itu, bekas Exco Pemuda Pas, Zulhazmi Shariff yang menjadi ahli DAP sejak Jun 2015 menyifatkan pandangan tersebut "sudah seperti tulisan Awang Selamat di Utusan (Malaysia) yang penuh dengan syak wasangka, prasangka buruk dan busuk."
"Dalam ramai-ramai yang mengucapkan tahniah, ada juga yang mengutuk, mengata, mempersoal dan yang paling syahdu ialah HarakahDaily melalui wartawan kurang sukunya Izwan Abdul Halim," bidasnya.
Beliau turut menganggap Pas cenderung bersikap menghukum terhadap sebarang perkara yang bukan berkaitan dengannya sebaliknya menghalalkan apa sahaja yang diperoleh.
"Dasar busuk hati lebai. Bila orang lain dapat semua tak kena. Bila orang lain buat semua tidak halal tapi jika mereka dapat, mereka buat, yang tidak halal akan jadi halal hanya kerana mereka lebai dan pandai memutarbelit ayat suci dan hadith," ujarnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.
Zulhazmi selanjutnya berhujah dengan mempersoalkan pelbagai jawatan yang dinikmati Pas di Selangor selain pernah diperolehi di Pulau Pinang serta dalam pertubuhan tertentu yang berkaitan dengan kerajaan Umno-BN.
"Di Selangor, mereka diberikan jawatan penting di GLC dengan gaji puluhan ribu. Mereka dilantik menjadi Ahli Majlis. Di Pulau Pinang dulunya ketika mereka hanya satu kerusi pun mereka diberikan pelbagai jawatan. Paling seronoknya dalam keadaan mereka pembangkang, mereka dapat jawatan dalam NGO atau agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan pimpinan Umno Najib.
"Tak rasa ka Umno bagi jawatan tu sebagai 'dedak'? Tak rasa ka Azmin bagi jawatan dan kekalkan jawatan diGLC Selangor itu juga sebagai "dedak". Waaaaaa kami tak apa la sebab dasar kami Islam. DAP buat baik pun masuk neraka sebab dasar tidak Islam. Dengki, busuk hati. Jubah saja cantik tapi hati busuk," bidasnya lagi.
Dalam hal berkaitan, tinjauan Malaysia Dateline terhadap penyiaran artikel itu mendapati rata-rata netizen turut mengkritik sikap pimpinan Pas pada masa ini yang dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Antaranya, Abdul Rahman Hashim yang menganggap pelbagai muslihat strategi pimpinan Pas sejak tujuh tahun lalu kini telah terdedah.
"Segala 'tembelang' busuknya strategi yang dimainkan oleh HH (Haji Hadi) dan konco-konconya sejak 2009 lagi telah terbongkar dan sampai sekarang tidak berani bersemuka dengan G18 mahupun menafikannya secara terbuka berdebat/wacana.
"Dengan sedikit habuan dunia dengan berbekalkan falasafah 'walak' yang ditanam kepada penyokong Pas ... memudahkan Dr Zuhdi memainkan peranan untuk mengucar-kacirkan Pakatan Pembangkang (PR) yang dibina semasa era TGNA (Tuan Guru Nik Aziz)," ujarnya.
Sementara itu, Mohd Rahim pula menulis, "Allah hukum Abdul Hadi Awang kerana engkar arahan Rasul-Nya. Manusia bernama Abdul Hadi Awang dah celaka negeri Kelantan & Terengganu."
Pemerhatian Malaysia Dateline juga mendapati Harakahdaily tidak melaporkan sebarang berita berkaitan pelantikan Saifuddin bagi jawatan berkenaan.
Malaysia Dateline

Pas perlu jujur bersama pakatan pembangkang di Kedah

Apakah Pas benar-benar sudah bersedia untuk bersama pakatan pembangkang masih  menjadi tanda tanya majoriti rakyat dalam negara ini khususnya di negeri Kedah.
Walaupun beberapa siri kenyataan  sebelum ini yang menyatakan kesediaan mereka untuk bersama pakatan pembangkang di Kedah, ia amat dialu-alukan.
Menurut Ketua Pemuda Amanah Negeri Kedah,Asmirul Anuar Aris Asmirul Anuar Aris, pada masa yang sama adalah amat meragukan dari sudut hala tuju Pas apabila segelintir pimpinan Pusat sering kali senada dengan hala tuju pimpinan Umno.
"Sebagai bukti pembentangan bajet 2016 dan 2017 memperlihatkan Pas mengambil sikap berkecuali," ujarnya.
Asmirul juga berkata, adakah Najib bersedia untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi sekiranya ia dikaitkan dengan beliau dalam saman Pas terhadap Sarawak Report yang mungkin menjadi realiti atau fantasi.
"Pas perlu membersihkan imej mereka sebelum menjelangnya pilihan raya umum ke 14 yang akan datang.
"Persoalan juga timbul, apakah Pas Kedah mampu untuk membuat keputusan tanpa restu dari Majlis Syura Pas Pusat mengenai hubungan antara parti pembangkang.
"Sekiranya Pas jujur untuk bersama pakatan pembangkang, perlu ada 'date line' atau tarikh akhir keputusan kearah pembentukan bersama agihan kerusi serta kerjasama jentera harus diperolehi dari Pas, supaya siap siaga menghadapi Umno-BN dapat dilaksanakan, " tegasnya lagi.
Ujarnya lagi, Pesuruhjaya Pas Kedah telah pun mengeluarkan kenyataan akan bertanding 24 kerusi Dun daripada sejumlah 36 kerusi Dun di Kedah.
"Apakah hanya baki 12 kerusi akan diagihkan kepada Bersatu dan PKR serta bagaimana pula dengan kerusi untuk Dap.
"Pas perlu sedar dan menerima hakikat bahawa untuk memerintah Kedah, mereka sudah sepatutnya sedia maklum pengundi Cina amat penting bagi kerusi Dun dalam bandar dan pinggir bandar.
"Mana mungkin Pas boleh bertindak mengenepikan DAP yang sedia maklumnya mendapat sokongan pengundi Cina jika dibandingkan dengan MCA, Gerakan maupun DHPP, " jelasnya lagi.
Malah katanya, gelombang rakyat untuk menolak BN semakin meningkat ekoran dihimpit kenaikan kos sara hidup, cukai perkhidmatan dan barangan seperti GST, kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan.
"Isu besar seperti 1MDB masih lagi menjadi pertikaian di dalam dan juga luar negara.
"Pas pula dilihat masih terkesima untuk mempertikaikan tindak tanduk Najib.
"Peratus kepimpinan Pas yang mempertikaikan isu 1MDB melibatkan Najib boleh pula dikira dengan jari jemari dan amat mengecewakan rakyat, " tambahnya lagi.
Oleh kerana itu kata Asmirul, sekiranya ingin merubah kedudukan dan nasib rakyat yang lebih baik di Kedah, maka penyatuan pembangkang terhadap ke semua isu tersebut harus mendapat pertimbangan kesemua parti pembangkang.
Jika tidak katanya, maka haruslah beranggapan bahawa pertembungan sebenar PRU 14 hanyalah diantara Pakatan Harapan bersama Bersatu yang akan menggunakan satu logo menentang BN.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena