Thursday, 2 February 2017

[Video] Tun M pamer aksi kemahiran tunggang kuda (The Iron Man M'sia) & PRU14 makin hampir bila MB naik lori sampah! Mana Lebuh Raya Jelas? 'Angkut sammmpah kooonon'!

Khamis, 2 Februari 2017


PRU14 makin hampir bila MB naik lori sampah?

Aksi Zambry mengumpulkan beg-beg sampah untuk diangkut  ke lori sampah.
Aksi Zambry mengumpulkan beg-beg sampah untuk diangkut ke lori sampah.
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilihat semakin hampir ketika blok pembangkang masih ternanti-nanti kesudahan rundingan Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Pagi tadi, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dengan berpakaian seperti pekerja bahagian pembersihan Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) menaiki lori sampah dan mengutip sampah di beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar raya itu.
“Ini merupakan usaha kerajaan negeri untuk mendekati golongan yang bertanggungjawab membersihkan persekitaran bandar raya ini. Saya perlu turun ke bawah untuk merasai pengalaman golongan ini melaksanakan kerja-kerja mereka," ujarnya dipetik dari Utusan Online.
Walaupun Zambry yang juga Adun Pangkor mendakwa tindakannya itu dibuat secara mengejut dan tidak dirancang tetapi banyak pihak melihat berkaitan dengan tempoh PRU14 yang semakin hampir.

Lebuh Raya Jelas: Dulu umum, sekarang Zambry nafi?

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi (tengah) berkata, projek Lebuhraya Jelas dalam pengetahuan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak mempersoal sikap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang seolah-olah tidak tahu kewujudan projek Lebuh Raya Jelapang-Selama-Batu Kawan (Jelas).
Pengerusinya Asmuni Awi berkata, Zambry sendiri telah mengumumkan projek tersebut di beberapa buah program termasuklah semasa Majlis Jamuan Rakyat Peringkat Daerah Kecil Selama pada 17 Julai 2010 di hadapan Sultan Nazrin Muhibbudin Shah yang pada ketika itu sebagai Pemangku Sultan Perak.
Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia pada 11 Mei 2010 melaporkan, Adun Pangkor itu telah menyaksikan majlis menandatangai Perjanjian Persefahaman di antara syarikat yang menguruskan projek tersebut iaitu Beta Mutiara Technologies (BMT) dengan ELAF Bank Bahrain.
"Bagaimana Zambry boleh mengatakan projek ini misteri sedangkan ia dalam pengetahuan beliau selaku menteri besar.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena