Papa, di mana gerangan?
PORT DICKSON: Nurul Izzah Anwar menggunakan media sosial untuk mengusik bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi parodi ‘berlari-lari anak di tepian pantai’.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dalam laman Instagram rasminya, memuat naik sekeping gambarnya dalam keadaan berjogging di tepi pantai bersama seorang perempuan, dengan memakai baju kurung dan berkaca mata hitam.
Aksi itu dipercayai sengaja meniru gambar bapanya yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, kelmarin.
Nurul Izzah turut menulis catatan ringkas: “Kami bergegas ke pantai, cuba mengesan calon #1. Papa, di mana gerangan? Lepas berlari-lari anak di tepian pantai, jangan lupa keluar mengundi.”
Setakat jam 7.30 malam tadi, gambar itu menerima lebih 25,000 ‘like’.
Kelmarin, Anwar memuat naik gambar memaparkannya berjogging di tepi pantai, sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan dan stamina di sebalik kesibukan berkempen.
BH Online.
Nantikan 8 Oktober The Legend is back!
Selamat tinggal logo 1Malaysia...
PAPAN tanda logo 1 Malaysia yang sedang diturunkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Plaza Angsana, Ampangan, Negeri Sembilan. FOTO Iqmal Haqim Rosman-HM.
LOGO 1Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang, Jalan Stadium, di Kuantan, juga diturunkan.
0 comments:
Post a Comment