Friday, 19 October 2018

[Video 6 JAHANAM- Mumbala, Jagindas, Sujama, Katipang, Paragas, & Karambit] So far 3 charged. Who's next? Kena tuduh MENTEKEDARAH DUIT pun boleh tersengeh lagi! DAHSYAT Presiden Umno ni!

Sabtu, 20 Oktober 2018

Dahsyat! 45 Pertuduhan Presiden Umno ni.

So far 3 charged. Who's next...?
Sila duduk jangan lari... 
Tumpang sekole.
Foto Otai BERSIH.

KENA TUDUH MENTEKEDARAH DUIT PUN BOLEH TERSENGEH LAGI..

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas 45 pertuduhan melibatkan 10 pertuduhan pecah amanah dan lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah lebih  RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca dihadapan hakim Azura Alwi.

Ahmad Zahid yang berbaju batik merah kelihatan tenang di kandang tertuduh sepanjang pertuduhan dibacakan oleh tiga jurubahasa selama hampir sejam.

Pendakwaan untuk kesemua pertuduhan berkenaan adalah mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pasukan pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM2 juta.

Tiada bantahan berhubung jumlah jaminan oleh barisan peguam Ahmad Zahid. Bagaimanapun Hisyam Teh Poh Teik memohon jumlah jaminan itu dibayar secara ansuran.

Mahkamah kemudian membenarkan Ahmad Zahid dilepaskan dengan jaminan RM2 juta yang dibuat secara ansuran iaitu RM1 juta dibayar hari ini dan bakinya dijelaskan dalam tempoh satu minggu.

Mahkamah juga memerintahkan supaya bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan kes ditetapkan untuk  sebutan pada 14 Disember depan.

Selain Gopal Sri Ram, pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Nadia Mohd Izhar

Sementara itu peguam Kitson Foong, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh dan Syahrul Shazwan Salehin antara barisan peguam Ahmad Zahid.

Antara yang hadir mengikuti prosiding pagi ini adalah Timbalan Presiden Umno, Datuk Sri Mohamad Hasan  Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Khaled Nordin; Ketua Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Wanita Umno, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena