Friday, 19 October 2018

[Video Tiada Maaf Bagi PENJENAYAH VIP Penyeludup Wang, Barang Kemas di Lapangan Terbang] PERTUDUHAN Zahid 45, Najib 32, Rosmah 17 & JAILnya Zahid 405 tahun, Rosmah 225 thn, Najib hanya 125 thn! HUY00,000,000.00..Syed Saddiq mahu tempatkan bekas banduan di pejabatnya.

Sabtu, 20 Oktober 2018

Image may contain: text
Tumpang sekole.

Syed Saddiq mahu tempatkan bekas banduan di pejabatnya

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan mengambil tiga bekas banduan bekerja di pejabatnya di kementerian berkenaan sebagai inisiatif untuk mengubah stigma dan pandangan negatif umum terhadap golongan itu.
Beliau berkata bekas banduan terdiri daripada belia yang telah tamat menjalani hukuman itu akan berkhidmat dengannya dalam tempoh masa tertentu yang akan ditetapkan kemudian.
Katanya, hasrat itu adalah satu permulaan kepada program kempen ‘Riben Kuning’ yang dilaksanakan kementeriannya bertujuan mengubah pandangan masyarakat terhadap bekas banduan terutama belia, dan seterusnya memberi peluang kedua kepada mereka.
“Saya akan berbincang secara mendalam dengan pihak Jabatan Penjara dan kementerian berkaitan agar bekas banduan belia dapat ditempatkan di pejabat saya dan saya sendiri akan pantau mereka.
“Kita perlu kotakan kata kita. Kalau saya sendiri lancar kempen ini tetapi saya tidak buat, bagaimana kita nak expect pihak swasta dan masyarakat menerima bekas banduan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut di Penjara Sungai Buloh di Sungai Buloh, hari ini.
Kerjasama Jabatan Penjara, KDN
Program itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara, Kementerian Dalam Negeri serta badan-badan bukan kerajaan bertujuan mengadakan kempen memberi kesedaran kepada masyarakat seterusnya meningkatkan sistem sokongan terhadap bekas banduan.
Syed Saddiq berkata jika bekas banduan tersebut dapat berkhidmat dengan baik di pejabatnya, ia akan membuktikan bahawa masyarakat juga boleh menerima mereka dan memberi sokongan kepada mereka.
Terdahulu semasa berucap pada majlis itu yang turut dihadiri oleh penghuni belia Penjara Sungai Buloh, Syed Saddiq berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan daripada kerajaan dan swasta bagi mencari mekanisme lebih baik untuk bekas banduan belia menjalani kehidupan selepas tamat hukuman.
Katanya, adalah tidak adil apabila golongan belia yang melakukan satu kesilapan dipinggirkan selepas keluar dari penjara sedangkan mereka mempunyai masa depan yang panjang dan perlu dibantu bagi mengelak melakukan kesilapan berulang.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena