Saturday 20 October 2018

[Video Anda tidak layak menyoal di MANA REFORMIS] Pemuda AMANAH Selangor beri amaran keras untuk menjadi ahli AMANAH...Kami bukan mewarisi Umno si kleptokrat pencuri duit rakyat!

Sabtu, 20 Oktober 2018
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.

Pemuda AMANAH Selangor beri amaran keras

Pemuda AMANAH Selangor beri amaran keras

Pemuda AMANAH Selangor berjanji akan meraikan sesiapa sahaja yang mahu bersama mereka tetapi amaran keras akan diberikan kepada sesiapa yang mahu bersama-sama parti itu di atas niat kepentingan peribadi.
Ketuanya Abbas Salimi Adzmi berkata, AMANAH adalah sebuah parti yang menjunjung perjuangan memartabatkan rayat bukannya mewarisi Umno yang kini dilabelkan sebagai pencuri duit rakyat.
“Ya kita parti yang sifatnya inklusif. Namun amaran keras kita berikan pada sesiapa yang mahu bersama diatas niat kepentingan peribadi. AMANAH bukan mewarisi Umno si kleptokrat pencuri duit rakyat!” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pemuda AMANAH Selangor yang berlansung hari ini.
Beliau turut mengimbau diawal penubuhan AMANAH pada 3 tahun lalu bagaimana mereka merayu simpati untuk meminta rakyat setempat bersama-sama menjadi ahli AMANAH.
“Ada yang dimaki, diperli bahkan diherdik dek kerana merayu untuk bersama sebagai ahli.
“Kini, semuanya berubah. Borang AMANAH umpama goreng pisang panas. Ada sahaja yang mahu bersama kita. Maka berbondong-bondonglah sama ada mereka yang sebelum ini penyokong HARAPAN atau atas pagar mahu bersama kita.
“Yang seronoknya mereka yang dahulunya cukup akrab bermanja manja dengan si kleptokrat pun sudah jinak jinak bersama kita. Dulunya nak sebut AMANAH pun tidak mahu tetapi kini berswafoto disana sini bersama pimpinan AMANAH,”ujarnya.
Justeru katanya, biro keahlian khususnya akan diperkasa dengan meneruskan aktiviti kearah menambahkan keahlian diseluruh negeri Selangor.
Sasaran yang diletakkan dari november 2018 sehingga April 2019 adalah 6000 ahli pemuda dengan bajet yang dikhususkan kepada biro keahlian ini ialah RM3500 sepanjang tempoh itu.
Dalam pada itu, beliau begitu berbangga apabila pemuda AMANAH turut diketengahkan di dalam pentadbiran negeri Selangor.
“Kini, kita diberi peluang menimba pengalaman di dalam kerajaan negeri mahupun pusat 9 orang pemuda dilantik sebagai ahli majlis, 5 orang ketua kampung, 3 orang berkhidmat di pejabat exco dan 2 orang berkhidmat di kementerian.
“Jangan sia siakan peluang ini untuk memberi khidmat kepada rakyat semaksimanya. Namun begitu janganlah dilupa akan sahabat sahabat yang telah bersama dengan kita selama ini. Libatkanlah sahabat sahabat kita disemua program dan bantulah mereka apabila mereka memerlukan,”katanya.
Bahkan beliau turut memberi peringatan kepada pemuda bahawa mereka tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana yang menyalahguna kuasa dan terlibat dengan rasuah dan tidak berintegriti.
“Jangan ada yang menjadi kleptokrat baru di dalam pemuda Amanah Selangor ini. Setiausaha pemuda negeri diminta untuk mengadakan skretariat perjawatan kerajaan pemuda AMANAH Selangor khusus untuk memperkasa mereka ini,”kata beliau.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena