Sunday 7 October 2018

[Video Anwar bersama NGO & Pesan Anwar Kepada Pas Dakwah Takkan Berkesan Kalau Kamu Rasa Kamu Hebat] Tetiba aje Hadi ajak Tun berforum. Tak de mlm lain kaa? Busuk sungguh dendam kt Anwar naa...Dr M: Saya nak kempen Anwar bukan forum dengan Hadi! "Tak payahlah" Kah3.

Isnin, 8 Oktober 2018


Foto Otai BERSIH.
“Dr Mahathir menegaskan beliau ‘turun’ ke Port Dickson esok hanya bagi berkempen untuk calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.” 

Bila dah tersepit mulalah bermuka-muka.
Foto Otai BERSIH.
Rupanya Hadi ajak Tun berforum tu malam esok. Takkan Hadi tak tau malam esok Tun nak kempen utk Anwar di PD. Tun dah umum hari Jumaat lepas. Tetiba aje Hadi ajak Tun berforum. Tak de mlm lain kaa?

Busuk sungguh dendam Hadi kt Anwar naa.

Dr M: Saya nak kempen Anwar bukan forum dengan Hadi

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan untuk berforum dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kunjungannya ke Port Dickson, esok.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan untuk berforum dengan Abdul Hadi pada waktu lain.
Dr Mahathir menegaskan beliau ‘turun’ ke Port Dickson esok hanya bagi berkempen untuk calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tak payahlah (untuk berforum dengan Abdul Hadi). Malam esok saya pergi (Port Dickson), tapi bukan nak forum dengan dia. Saya nak pergi kempen untuk Datuk Seri Anwar,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), di Kuala Lumpur malam ini.
Abdul Hadi hari ini menyatakan hasrat untuk mengajak Dr Mahathir menyertai forum bersamanya ketika Perdana Menteri datang ke Port Dickson, esok.
Menurut Abdul Hadi, beliau tiada masalah apabila Dr Mahathir mahu turun ke Port Dickson bagi membantu kempen Anwar yang akan bertanding di kawasan itu.
Ketika ditanya sama ada beliau sudi menerima pelawaan Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata : “Tak payahlah. Waktu lain boleh lah.”
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena