Sunday 14 October 2018

[Video Anwar gembira duduk sebelah Kit Siang] Inilah 'warisan dajjal' yang ditinggalkan kepada rakyat dan kerajaan PH hari ini.

Isnin, 15 Oktober 2018
Related image
Negara tenat hutang RM 1 trillion... 
Inilah warisan dajjal yang ditinggalkan kepada rakyat dan kerajaan PH hari ini. Inilah bala Allah terhadap rakyat yang salah pilih pemimpin. Dajjal-dajjal ini masih bebas lagi, masih bernafsu hendak berkuasa untuk memperhambakan rakyat yang dikorupsikan dengan BRIM, menunaikan haji dan umrah dengan wang rompakan 1MDB dengan para pegawai tinggi songlap wang negara semau-maunya. Mereka menganggap UMNO akan terus berkuasa dan mereka akan bermaharajalela menimbun harta haram menurut jejak langkah maharaja penyamun kelas cakrawala yang hilang maruah, pupus hargadiri, gila kuasa, gelojoh dengan harta dunia, pinggirkan kuasa Allah, kini meroyan meratapi nasib malang bikinan sendiri. 

Hari ini rakyat tanggung hutang negara RM1 trilion. Para dajjal masih menyalak. SPRM, PDRM dan Peguam Negara masih belum berjaya jebloskan dajjal-dajjal koruptor ini ke Sg Buloh. Lambat, membosankan rakyat menunggu tindakan pihak berwajib. Apakah ada mainan kongkolikong dalam SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara yang lambat bertindak terhadap perompak, lanun kelas jerung dan naga bunting itu? Rakyat tidak tahu tetapi mahu tahu. 
Image result for hutang negara RM1 trilion
Kalau tahu ada sabotaj di kalangan pegawai2 yang korup, pengkhianat negara bertindak segera, tubuh pasukan khas untuk menyiasat, dan mengambil tindakan sewajarnya. Koruptor perlu diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman penjara berpuluh tahun, harta haram mereka yang dimiliki keluarga dirampas oleh negara. Kalau kerajaan bertindak tegas besar kemungkinan lebih RM500 bilion boleh diperolehi dari rampasan harta dan wang haram para dajjal-dajjal ini. 

Adalah tidak wajar berjuta rakyat Malaysia terpaksa menanggung hutang akibat dajjal-dajjal yg super korup ini. Para dajjal ini dan keluarga mereka perlu menerima akibatnya. Tun Mahathir pernah berkata sebahagian besar pegawai tinggi kerajaan super korup, tidak amanah, dan mereka inilah yang sabotaj kerajaan sekarang. Bertindak segera. Siasat bagaimana mereka memiliki harta dan wang ringgit berjuta-juta melampaui dari pendapatan bulanan mereka. Percayalah rakyat akan terus menyokong pimpinan Tun Mahathir kalau beliau bertindak tegas, tanpa ampun dan maaf, terhadap para dajjal yang menjadi pengkhianat negara tercinta ini. - Yahaya Ismail 
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena