Sunday 14 October 2018

[Video Bung Dah Merajuk Kerana Kawannya MP Labuan Keluar Umno] Ismail Sabri: Adakah PH bayar PAMPASAN kepada pekerja Gamuda? MANGGANG, pampasan pebenda, Gamuda tu anak syarikat milik kerajaan ke? Laporan: China hormati keputusan Malaysia gantung ECRL.

Ahad, 14 Oktober 2018

Foto Otai BERSIH.
Gamuda tu anak syarikat milik kerajaan ke, nak pampasan pebenda...masa BN dulu byk syarikat yg tutup, kerajaan ada beri pampasan kt dorang ke?
Otai BERSIH
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Betul apa dikata...

Laporan: China hormati keputusan Malaysia gantung ECRL

China akui wujud isu hutang berhubung sebahagian projek bawah Inisiatif One Belt One Road (OBOR) mereka, termasuk langkah Malaysia untuk menggantung Projek Laluan Rel Pantai Timur atau East Coast Rail Link (ECRL).
Ditemui di mesyuarat tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia di Bali, Indoesia, Timbalan Menteri Kewangan China Zou Jiayi memberitahu Reuters bahawa kerajaan negara itu menghormati sepenuhnya keputusan Malaysia.
Zou dilaporkan berkata, projek itu ditandatangani atas asas komersial dan negara terlibat bebas untuk menilai semula termanya.
"Malaysia berkomunikasi secara memadai dengan China berkenaan isu itu. Kami menghormati keputusan Malaysia berdasarkan analisis kemapanan hutang mereka," katanya seperti dipetik.
Reuters juga memetik Zuo sebagai berkata, kerajaan China akan mengukuhkan pemantanuan makro dalam aspek kemapanan hutang bagi pelaburan luar negaranya.
"Isu kemapanan hutang bagi (projek) OBOR adalah rumit, tetapi kami akan menguruskannya," katanya.
Katanya, China boleh mengoptimumkan dan mempelbagaikan pembiayaan hutang OBOR dengan lebih pelaburan asing langsung (FDI), usaha sama kerajaan dan swasta, dan pelaburan equiti, berbanding hutang komersial yang mungkin lebih tinggi kosnya.
Beijing mula mempromosikan Inisiatif OBOR pada tahun 2013 apabila presidennya Xi Jinping mengembangkan koridor perdagangan yang menghubungkan Asia, Eropah dan Afrika - atau apa yang digelar sebagai 'Laluan Sutera Moden'.
Antara langkah China adalah dengan menyalurkan wang untuk pembinaan jalan raya, jalan kereta api dan pelabuhan menerusi inisiatif infrastruktur bernilai satu trilion dolar.
Namun langkah itu semakin berdepan dengan syak wasangka apabila ada negara - antaranya Sri Lanka - yang menanggung bebanan hutang yang besar yang sukar dibayar mereka.
Pada bulan lalu, China Communications Construction Company Limited (CCCC) mempertahankan projek ECRL yang disifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "terlalu mahal".
Dalam wawancara yang diadakan di ibu pejabat syarikat itu di Beijing, Naib Presiden CCCC Sun Ziyu menjelaskan kos projek itu iaitu RM66.78 bilion sebagai "tidak tinggi".
Mula diumumkan pentadbiran BN pada Oktober 2016, projek itu menerima notis penggantungan pada Julai lalu susulan kritikan berhubung kosnya oleh kerajaan Pakatan Harapan.
Pada 28 Ogos lalu, Mahathir berkata kerajaan menerima tawaran serendah RM10 bilion untuk projek itu, dan mendakwa pentadbiran dahulu membayar RM55 bilion untuk projek yang bernilai tidak lebih RM30 bilion.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena