Wednesday 17 October 2018

]Video Pasir Salak-Awak Kenal Siapa Saya? Saya YB tau keh, keh, keh] Deepak saman Najib, Rosmah RM52.6 juta.

Rabu, 17 Oktober 2018
Foto Suara Rakyat.
Aii.. bukankah hari tu Najib kata RM160 juta tunai milik UMNO. Kenapa tiba2 skrg plok kata RM116.7 juta? BOLEH PLOK SUSUT?

JANGAN LUPA.. buktikan juga kenapa duit tersebut boleh ada kat kediaman berkait Najib & juga pejabat Najib.. KENAPA DUIT TERSEBUT TIDAK DISIMPAN DI BANK?

MASIH INGAT.. hari tu polis dah kata Najib gagal buktikan rampasan sebanyak RM160 juta milik UMNO.
Krikk.. Krikk.. Krikk..

Deepak saman Najib, Rosmah RM52.6 juta

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Rosmah Mansor melantik peguam David Matthew untuk mewakili pasangan itu dalam kes saman RM52.6 juta yang difailkan saudagar karpet Deepak Jaikishian, adik lelakinya Rajesh Jaikishian dan syarikat mereka Radiant Splendour Sdn Bhd.
Bulan lalu, ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memanggil kes ini di hadapan Hakim S Nantha Balan, Najib dan Rosmah masih belum melantik peguamnya.
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Deepak mengesahkan hal tersebut ketika ditemui pemberita semasa pengurusan kes hari ini di kamar mahkamah tinggi.
Deepak, adiknya dan syarikat mereka menamakan Najib, Rosmah, adik bekas perdana menteri, Datuk Ahmad Johari Razak, bekas pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai defendan dalam saman yang difailkan pada 12 September lalu itu.
Saman itu menuntut kerugian dan menuntut tort konspirasi, penipuan, malfeasance dan penyalahgunaan proses di mana plaintif mendakwa Najib dan Rosmah menjadi dalangnya.
Syarikat itu dan dua lagi (Deepak dan Rajesh) didakwa terpaksa mengambil pinjaman hampir RM200 juta dari Bank Rakyat (RM198 juta) bagi pihak Najib dan Rosmah.
Pinjaman itu didakwa sebagai pertukaran pemilikan plaintif bagi geran utama sebanyak 80 unit kediaman di atas sebidang tanah di Kuala Lumpur yang digunakan sebagai surat ikatan tugasan untuk perjanjian itu pada tahun 2008.
Sebagai balasan, Radiant Splendor dan kedua-dua plaintif telah dilantik sebagai proksi bagi pihak Najib dan Rosmah, untuk pemilikan Menara Angkasaraya dan tanah Bukit Raja bernilai RM2 bilion.
Bagaimanapun, pada 19 April 2013, pihak plaintif dan Bank Rakyat mengadakan perjanjian penyelesaian kerana pinjaman berkenaan gagal dibayar.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena