Thursday 18 October 2018

[Video Reaksi Sinis Tun Dr Mahathir Bila MP Umno Hina Beliau & Anwar] Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK11 (18 Okt 2018) & Dr M: Tempoh jawatan PM, MB, KM dihadkan 2 penggal.

Khamis, 18 oktober 2018

Pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK11 18 Okt 2018


Dr M: Tempoh jawatan PM, MB, KM dihadkan 2 penggal

 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah reformasi politik pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuklah mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal.
"Langkah segera untuk mereformasi sistem politik akan dilaksanakan.
"Tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri akan dihadkan kepada dua penggal.
"Perdana menteri juga tidak akan memegang portfolio lain," kata Dr Mahathir semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020 di Dewan Rakyat hari ini.
Perdana menteri juga berkata penambahbaikan sistem pilihan raya akan dilaksanakan, antaranya dengan menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun.
"Penambahbaikan sistem pilihan raya akan dilaksana dengan membersihkan daftar pemilih, menambah baik proses pengundian pos dan menyediakan akses yang adil kepada media.
Had umur mengundi turun 18 tahun
"Had umur mengundi akan diturunkan kepada 18 tahun dan undang-undang berkaitan pembiayaan politik akan diperkenal," ucap beliau lagi.
Mahathir yang juga Anggota Parlimen Langkawi berkata menjadi keutamaan pertama pentadbiran HARAPAN untuk menambah baik urus tadbir pada semua peringkat.
"Sistem pentadbiran undang-undang juga akan dimantapkan dengan mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya supaya diurus oleh dua individu yang berlainan.
"Kuasa autonomi Parlimen akan dipertingkat dengan memperkenalkan
semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.
"Sistem jawatankuasa pemilih akan diwujudkan. Jawatankuasa ini akan memperaku pelantikan jawatan utama di SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
"Suruhanjaya tertentu seperti SPRM dan SPR akan juga bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen," katanya.
Pengerusi HARAPAN berkata hubungan antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan ditambah baik dengan mengembalikan semula semangat federalisme.
"Kerajaan negeri akan diperkasa melalui proses pengagihan kuasa pusat bagi beberapa fungsi termasuk pengangkutan awam, perkhidmatan sosial dan perlindungan alam sekitar," katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena