Saturday, 20 October 2018

[Video SAYANG sungguh penyokong Umno kepada presiden kleptokrasi mereka] Umno and BN succumb due to Najib’s toxicity! LAYAKKAH Wan Saiful Wan Jan MENGETUAI DELEGASI kementerian ke luar negara? Dr. Mazlee, tolong jawab perkara ini?

Ahad, 21 Oktober 2018

Umno and BN succumb due to Najib’s toxicity


Image result for Gambar Wan Saiful Wan Jan
 Wan Saiful Wan Jan

LAYAKKAH PENASIHAT KHAS MENTERI MENGETUAI DELEGASI KEMENTERIAN KE LUAR NEGARA?

Melalui catatan di laman Twitternya semalam, Wan Saiful Wan Jan memuatkan gambar-gambarnya mengetuai delegasi Kementerian Pendidikan melawat London untuk memahami sistem sekolah di England.

Bagaimanapun, tidak disebut tarikh lawatan, berapa lama lawatan itu dilakukan serta siapakah nama peserta delegasi Kementerian Pendidikan yang ikut serta dalam lawatan tersebut.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuatkan, mungkin  warga Kementerian Pendidikan mengenali siapa mereka itu.

Untuk makluman, selain dilantik menjadi Pengerusi PTPTN, Wan Saiful juga adalah penasihat khas kepada Menteri Pendidikan, Dr. Mazlee Malik.
Dalam kerajaan PH sekarang, hanya Dr. Mazlee satu-satunya menteri yang mempunyai penasihat khas di kementeriannya dan hanya Wan Saiful satu-satunya manusia bertuah di era Malaysia Baru yang dilantik sebagai penasihat khas kepada menteri.

Apabila Wan Saiful memaklumkan beliau membawa satu delegasi Kementerian Pendidikan melawat London untuk memahami sistem pendidikan di sana, persoalannya apakah seorang penasihat khas menteri layak dan ada kuasa mengetuai lawatan seperti itu?

Kenapa tidak menteri sendiri, timbalan menteri, ketua pengarah pendidikan atau pelbagai pengarah lain di Kementerian Pendidikan yang mengetuai lawatan tersebut?

Jika menteri tidak dapat pergi misalnya, bukankah timbalannya yang sepatutnya menjadi penggantinya?

Tetapi, mengapa mesti seorang penasihat khas menteri yang diputuskan mengetuai lawatan tersebut?

Siapakah yang meluluskan pemergian dan program lawatan ke London yang dibawa oleh Wan Saiful itu?

Dr. Mazlee, tolong jawab perkara ini? (ShahbudinHusin 20/10/2018)


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena