Pengajaran untuk para YB Pakatan Harapan. Jangan jadi cam para menteri BN dulu
Zahid, anak dan adik dipanggil beri keterangan
NURULHIDAYAH tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri tiba kira-kira jam 9.20 pagi untuk diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu minggu lalu.
Turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan sama ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus berwarna putih tiba dengan diiringi beberapa individu dan disambut beberapa pegawai SPRM.
BH Online.
Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Nor Azizah Mokhtar
0 comments:
Post a Comment