Friday 19 October 2018

[Video Tok Mat: Semua pihak bertenang & Nite Hunter: Solidariti untuk Zahid? Mana Panglima Pemuda Umno!] Terkait dakwaan Zahid, saham MyEG, Datasonic menjunam.

Jumaat, 19 Oktober 2018

Terkait dakwaan Zahid, saham MyEG, Datasonic menjunam

Saham MyEG dan Datasonic Group Bhd menjunam hari ini selepas kedua-dua syarikat itu disebut dalam kertas pendakwaan jenayah terhadap Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MyEG telah menggantung dagangannya di Bursa Malaysia pada dua petang tadi, selepas sahamnya merosot 37 sen kepada RM1.13 seunit.
Dalam kenyataan kepada Bursa, MyEG berkata ia mengambil langkah menggantung dagangan sahamnya sementara menunggu kenyataan bagi menjelaskan spekulasi berkenaan penglibatan dalam dakwaan rasuah Zahid.
Menurut kertas pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tiga daripada 45 tuduhan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu berkenaan dakwaan menerima 24 cek berjumlah RM13.25 juta antara 15 Julai 2016 sehingga 8 Februari 2017 daripada Mastoro Kenny It Consultant & Services untuk mendapatkan projek MyEG.
Saham MyEG pada awalnya meningkat 2 sen kepada RM1.52 seunit sebelum menjunam.
Sementara itu, saham Datasonic merosot serendah 39.5 sen seunit namun mula pulih selepas syarikat itu mengeluarkan kenyataan menafikan ada membayar Zahid bagi mendapat kontrak pembekalan cip pasport pada 2015, seperti yang disebut kertas pendakwaan.
Setakat pukul 2.35 petang ini, saham Datasonic merosot 18 sen kepada 51 sen seunit.
Kertas pendakwaan SPRM mendakwa Pengarah Urusan Datasonic Chew Ben Ben telah memberi dua cek bernilai RM7 juta kepada Zahid pada 26 April 2017.
Datasonic atau pengarahnya didakwa membayar Zahid untuk mendapatkan projek tersebut. Zahid merupakan menteri dalam negeri ketika itu.
Pakar pelaburan Eza Ezamie memberitahu Malaysiakini kemerosotan nilai saham dua syarikat itu ekoran "penjualan panik".
"Selain itu peruncit dan institusi mungkin memutuskan untuk menjual saham mereka kerana dua syarikat itu telah tercemar ekoran dakwaan terhadap Zahid," kata Eza yang merupakan ketua pegawai operasi laman majalahlabur.com.
Beliau bagaimanapun berkata, saham itu mungkin meningkat kembali apabila dagangan kembali dibuka minggu depan jika dua syarikat itu mampu meyakinkan pelabur bahawa mereka tidak terlibat dengan dakwaan terhadap Zahid.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena