Sunday 9 December 2018

[Video Pi langgak & langut di KL Bantah iCERD apa hasilnya? PH Mampu Hapuskan GST & The 1MDB Chronicles Episode MIRANDA KERR] PAS menghabiskan sisa2 hidupnye berdemontrasi dijalanan aje ke? AMANAH, PKR & DAP dah jadi MENTERI dan kerajaan pun! Raja Bahrin kata Hadi cakap lain PAS doa lain.

Ahad, 9 Disember 2018

PAS menghabiskan sisa2 hidupnye berdemontrasi dijalanan aje ke?
Foto Zaki Sapari.
Dari Jalanraya ke Jalanraya? Kah3!
Otai BERSIH
Parti PAS nie menghabiskan sisa2 hidupnye berdemontrasi dijalanan..Parti Amanah,Pkr dan Dap dh pun menjadi Menteri2 kabinet dlm kerajaan..kesian tgok parti pas asyik2 dijalanan jer bile x berpuashati,kini mengajar murid2 baru umno berdemontrasi,selama 60 tahun jdi pembangang jalanan aje..korh3..!

Saudagar Ngah Lepas jalan raya...
Hari raya melayu.. ..
Hari raya india...
Hari raya cina...
Hari raya kristian...
Hari raya kaum dayak...
Hari raya kaum dusun...
Hari raya org asli....
Entah raya apalagi....
Masih menunggu dah terus menunggu..... raya masuk 60 taun dah ni...


Raja Bahrin kata Hadi cakap lain PAS doa lain

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan rasa aneh dengan pendirian PAS apabila pemimpinnya mendoakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pendek umur semalam.
Kata Raja Bahrin Shah Raja Ahmad doa itu pula diaminkan puluhan ribu penyokong PAS termasuk presiden parti itu Abdul Hadi Awang.
Menurut Raja Bahrin sebelum ini Abdul Hadi jugalah yang meminta PH supaya memberi peluang kepada Najib Razak menyelesaikan masalah kerajaan ketika anggota parlimen Pekan itu menjadi perdana menteri.
Katanya gesaan Abdul Hadi itu dibuat ketika sebahagian pemimpin Umno mempersoalkan Najib dan beliau juga berdepan dengan pelbagai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.
"(Kalau dulu Najib) diminta supaya dibenarkan menghabiskan penggalnya, kenapa kerajaan PH yang baru beberapa bulan memerintah hendak dijatuhkan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raja Bahrin yang juga pengerusi Biro Antarabangsa Amanah mengulas himpunan menentang Icerd di Kuala Lumpur yang dihadiri penyokong PAS, Umno dan pertubuhan bukan kerajaan berasaskan Melayu semalam.
Pada penutup himpunan berkenaan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Nik Zawawi Salleh membacakan doa memohon agar kerajaan PH dipendekkan umurnya.
Menurut Raja Bahrin himpunan semalam bukanlah majlis menyatakan kesyukuran terhadap keputusan Putrajaya enggan meratifikasi Icerd seperti didakwa PAS dan penganjurnya.
"Itu bukan perhimpunan kesyukuran seperti dinyatakan Umno dan PAS. Ia perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang di pilih rakyat secara sah," katanya.
Menurut senator terbabit dapat dilihat berlaku gandingan unit beberapa pihak yang berpakat mahu menentang kerajaan semasa Malaysia.
Katanya PAS dan Umno berganding bahu mengasak dari dalam, manakala Singapura - yang didakwa menjadi ejen Israel dan Yahudi di rantau ini - memberi tekanan dari luar.
"Inikah politik matang dan sejahtera PAS yang boleh berkerjasama dengan Umno selepas mereka terlibat dalam isu kafir-mengafir dulu," katanya.
Raja Bahrin juga mendakwa gesaan dibuat Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya menteri kabinet bangkit menghadapi Singapura mungkin mempunyai niat tertentu.
Katanya sikap sebegitu sepatutnya ditunjukkan Khairy semasa dia menjadi menteri dalam kabinet BN dulu.
"Gesaan Khairy supaya menteri-menteri Malaysia bertelagah lagi dengan Singapura memberi gambaran jelas bahawa Umno dan PAS memainkan peranan menggugat kerajaan PH dari dalam sambil mengharapkan Singapura melengkapkan strategi dengan asakan dari luar," katanya.
Untuk rekod pada Julai 2016 Abdul Hadi pernah berkata bukan urusan PAS untuk menentukan sama ada Najib perlu berundur atau sebaliknya apabila nama pemimpin negara itu dikaitkan dengan skandal 1MDB.
"Itu bukan kerja PAS. Itu kesilapan pihak berkenaan. Desak Najib 'berehat' juga bukan urusan saya, itu urusan BN selaku kerajaan pemerintah," katanya dipetik sebagai berkata.
ada 29 Sept lalu pula Abdul Hadi meminta Dr Mahathir Mohamad diberi peluang kekal mentadbir negara sehingga habis tempoh penggalnya selama lima tahun.
Justeru kata Abdul Hadi, langkah Anwar Ibrahim mahu mengambil alih jawatan perdana menteri secepat mungkin boleh dianggap tidak mengikut moral politik yang sepatutnya.
"Kita tidak mahu orang yang bernafsu memerintah kerana bimbang apabila jadi pemimpin mereka tidak pegang amanah yang diberikan.
"Jadi biar perdana menteri sekarang tadbir negara selagi dia mampu untuk menjalankan tugas.
"Walaupun tak sebati (sependapat), kena bagi tempoh yang cukup dan jangan berhenti (mentadbir) tengah jalan kerana Tun Mahathir banyak pengalaman dan mampu untuk laksanakan tugas," katanya. 
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena