Saturday 17 October 2015

'Wang Derma Panas' & Usul Undi Tidak Percaya! Najib tinggal 31% sahaja Melayu yang sokong dia..."Memang sukar tetapi kita kena cuba," kata Rafizi

Sabtu, 17 Oktober 2015

Najib tinggal 31% sahaja Melayu yang sokong dia..!!!

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/merdeka_center-satisfaction_with_putrajaya-january_and_august_2015-171015-TMI_graphics-kamarul.png
Antara lain kaji selidik yang dibentangkan kepada penganalis sektor kewangan pada minggu lepas itu ialah:-

- hanya 31 peratus pengundi Melayu terus menyokong Putrajaya pada Ogos, berbanding 52 peratus yang direkodkan pada Januari.

- tahap penerimaan kebangsaan kini tinggal 23 peratus berbanding 38 peratus pada Januari.

- masyarakat Cina terus menunjukkan penurunan sokongan di mana hanya 5 peratus berbanding 11 peratus yang direkodkan pada Januari.

- berkaitan ekonomi, 78 peratus tidak setuju dengan cara kerajaan menanganinya. Isu ekonomi yang menjadi keprihatinan rakyat ialah kos sara hidup, pengangguran, kesan GST dan penurunan nilai ringgit.

Akuilah, di mana lagi tinggalnya nilai kepimpinan Najib sekarang ini?

Ahli Parlimen PKR bawa usul undi tidak percaya terhadap Najib
Datuk Seri Najib Razak menghadiri masjlis perasmian Persidangan Asean Wanita Dalam Politik di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini. Ahli Parlimen PKR mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau untuk dibahaskan persidangan Parlimen, Isnin ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Oktober, 2015.
Datuk Seri Najib Razak menghadiri masjlis perasmian Persidangan Asean Wanita Dalam Politik di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini. Ahli Parlimen PKR mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau untuk dibahaskan persidangan Parlimen, Isnin ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Oktober, 2015.

Notis dikemukakan wakil rakyat Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian itu merupakan item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan apabila Dewan mula bersidang untuk mesyuarat ke-3 bagi penggal ke-3 Parlimen ke-13, Isnin ini.
Hee menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul itu, termasuk wang RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya.
"Dewan ini mengemukakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan penerimaan 'wang derma' berjumlah RM2.6 bilion yang pada mulanya dinafikan, kemudiannya mengugut untuk menyaman akhbar Wall Street Journal dan akhirnya mengakui wang tersebut diperoleh daripada individu yang berasal dari Timur Tengah," menurut notis itu.
"Dengan tidak menjelaskan mengapa 'wang derma' ini dimasukkan ke akaun peribadi dan bukan atas nama parti, Dewan juga tidak berpuas hati ke atas siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang berlaku di mana 'special task Force' yang sepatutnya menyiasat skandal ini dibubarkan tanpa memberi sebarang alasan sehingga Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan, pihak polis mengganggu siasatan SPRM dan Bank Negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menjalankan siasatan terhadap kes 1MDB tidak berfungsi akibat 4 anggota PAC yang terbabit dilantik menjadi menteri atau timbalan menteri oleh perdana menteri, pengarah Cawangan Khas (SB) diberhentikan, timbalan pengarah SB dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri tanpa diberi tugasan."
Hee berkata disebabkan masalah yang dinyatakan, Najib menjejaskan imej negara di mata dunia dan menyebabkan pelabur tidak yakin terhadap kerajaan sekarang sehingga ekonomi menjadi tidak stabil, serta pasaran saham menjunam teruk dan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat.
"Maka rakyat Malaysia tidak lagi percaya terhadap perdana menteri dan dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri," menurut notis itu yang boleh diperoleh daripada laman web Parlimen Malaysia.
Pengkritik Najib selama ini menggesa usul undi tidak percaya dibentangkan terhadap Najib.
Perdana menteri ketika ini menghadapi serangan berkaitan syarikat yang diilhamkan beliau, 1MDB, serta "derma" RM2.6 bilion dari penderma yang tidak diketahui di Timur Tengah, yang dimasukkan ke akaun peribadi beliau menjelang pilihan raya umum 2013.
PKR sebelum ini berkata, pembangkang hanya memerlukan 25 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menyokong usul undi tidak percaya bagi memaksa Najib berundur.
Pengkritik Najib yang dulunya menyokong beliau, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, juga menggesa penggubal undang-undang persekutuan daripada BN memberikan sokongan mereka kepada usul tidak percaya itu.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengakui semalam, "sukar" untuk berjaya membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat, tetapi pihak pembangkang akan tetap cuba melakukannya.
"Kita perlu susun semula jangkaan. Kita tidak mahu situasi di mana selepas Parlimen, Najib masih berkuasa dan orang menyalahkan kita. Bukan kami yang kawal, Najib dan speaker (yang kawal)," katanya.
"Betul, memang sukar tetapi kita kena cuba," kata Rafizi lagi. – 17 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-parlimen-pkr-usul-undi-tidak-percaya-terhadap-najib#sthash.hSpTvgI3.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena