Friday 1 July 2016

Muhyiddin dipelawa sertai Amanah

Sabtu, 2 Julai 2016

Muhyiddin dipelawa sertai Amanah untuk selamatkan negara

Setelah beberapa pihak khususnya ahli akademik menyarankan bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai Amanah bagi meneruskan perjuangan politiknya, Amanah Negeri Johor hari ini secara terbuka menawarkan bekas pemimpin Umno itu untuk menyertai parti tersebut.
Dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pagi tadi, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, Amanah negeri menyediakan platform kepada Muhyiddin untuk bergerak dan sedia menjelaskan isu berkaitan penyelewengan dalam negara khususnya 1MDB.
"Amanah Johor bersimpati dengan Tan Sri Muhyidin dan Dato' Seri Mukhriz yang digugurkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah.
"Amanah Johor memuji ketegasan dan pendirian Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta Datuk Seri Shafei Afdal dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion (yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri). Mereka rela kehilangan jawatan demi kepentingan negara.
"Amanah Johor mengalu alukan kemasukan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir jika mereka mahu menyertai Parti Amanah Negara," ujar Aminolhuda.
Amanah Johor juga, tambah beliau bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak seperti Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) bagi menentang korupsi dan kezaliman.
Menurut Aminolhuda, perjuangan memerangi penyelewengan dan rasuah perlu melangkaui batasan kepartian dan kaum demi untuk menyelamatkan negara.
Baru-baru ini PKR Johor turut mempelawa Muhyiddin menyertai parti itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena