Thursday 23 March 2017

[Video Wan Azizah tinggal pesan buat PAS] Perpaduan Umno Pas Kedah...Mesyuarat2 cawangannya tak dak orang! Husam calon Amanah parlimen Kota Bharu.

Khamis, 23 Mac 2017 

Foto Suara Rakyat.
Benarkah sampai begitu sekali ?
Ada sesiapa boleh mengesahkannya
..

Husam calon Amanah parlimen Kota Bharu

Datuk Husam Musa
Datuk Husam Musa bakal dicalonkan oleh Amanah untuk bertanding di parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.
Perkara ini disahkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika melancarkan Dataran Amanah di Bunut Payong hari ini.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah ketika berucap di majlis yang sama mencadangkan Husam sebagai calon Parlimen Kota Bharu bagi mewakili Amanah dalam PRU-14 nanti.
"Calon kita untuk parlimen Kota Bharu yang Cikgu Wan Rahim sebut tulah," kata Mohamad ketika berucap di majlis itu.
"Bagaimana terserah kepada Presiden Amanah untuk mengesahkannya," kata Wan Rahim yang pernah menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dalam PRU-12 pada tahun 2008 lalu.
Wan Rahim ketika ditemui di majlis itu berkata, beliau tidak bercadang untuk menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya lagi.
"Saya sudah malas untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya, bagi kepada calon muda-muda pula. Datuk Husam boleh lagi," katanya kepada Malaysia Dateline.
Ahli Parlimen Kota Bharu sekarang adalah Datuk Takiyudin Hassan, Setiausaha Agung Pas.
Beliau dijangka akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Dalam ceramahnya malam tadi, Takiyudin mempertikaikan sikap Amanah Kelantan pimpinan Wan Rahim yang sebelum ini berkata Amanah ditubuhkan untuk melawan Umno bukan Pas.
"Tetapi tiba-tiba dia kata nak letak calon lawan Pas," kata Takiyudin dalam ceramah Pas di Cherang, tempat Tun Mahathir Mohamad berucap ketika datang ke Kelantan baru-baru ini.
Wan Rahim sebelum ini berkata, Amanah sedia untuk tidak meletakkan calon melawan Pas dengan syarat Pas sedia berunding.
Tetapi Pas bertegas tidak akan berunding dengan Amanah dan Dap serta parti-parti yang mengadakan hubungan dengannya.
Presiden Amanah  Mohamad Sabu ketika melancarkan Dataran Amanah di Bunut Payong hari ini.
Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika melancarkan Dataran Amanah di Bunut Payong hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena