Thursday, 5 October 2017

[Video BERGEGAR LUTUT Najib! Parti Warisan Sudah Kuasai Semua Daerah Di Sabah!] SIAPA HAKIS ROYALTI MINYAK SARAWAK, SABAH? PH sanggup mengkaji semula.

Khamis, 5 Oktober 2917

SIAPA HAKIS ROYALTI MINYAK SARAWAK, SABAH? PH SANGGUP MENGKAJI SEMULA


KUCHING: Hujan lebat pada awalnya tidak menghalang ribuan rakyat pelbagai kaum terus membanjiri dataran ceramah Tawaran Baru untuk Sarawak Ahad malam.
Ceramah membentangkan rangka manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) Sarawak itu komited untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 dalam usaha untuk memperkukuhkan autonomi Sarawak dan Sabah.
Rangka manifesto itu mengetengahkan jaminan kepada lima hak iaitu hak untuk sebuah kerajaan wilayah, hak untuk petroleum dan pulangan adil, hak untuk pembangunan tanah dan kemudahan asas, hak untuk pendidikan bermutu, hak untuk pembangunan ekonomi dan pemberdayaan wanita, remaja dan golongan minoriti.
Ketika berucap, Pengerusi Harapan, Dr Mahathir Mohamad menyatakan komitmen pakatan pembangkang untuk mengkaji semula Perjanjian Malaysia (MA63) termasuk perjanjian royalti minyak.
“Saya jadi perdana menteri 22 tahun. Saya tidak tukar perjanjian dengan Sabah dan Sarawak. Tapi saya berpendapat perjanjian ini perlu dirunding semula,” katanya.
Menurutnya, Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang diluluskan parlimen sewaktu pentadbiran Perdana Menteri Abdul Razak Hussein menyebabkan Sarawak dan Sabah hanya menerima lima peratus royalti petroleum.
Hak royalti Sarawak dan Sabah itu katanya semakin terjejas pada tahun 2012 apabila kerajaan merangka Akta Laut Wilayah 2012.
Akta itu antara lain menyebut negeri hanya berkuasa tiga batu nautika dari kawasan laut manakala kawasan laut yang berada di bawah kuasa negara adalah 12 batu nautika dari pantai.
“Perjanjian itu tidak mengambilkira tiga wilayah yang bercantum (Malaya, Sarawak dan Sabah). Sebab itulah bahagian (royalty) Sabah, Sarawak dan Terengganu hanya lima peratus.
“Bilakah wilayah offshore ini dibuat undang-undang? Ia dibuat tahun 2012. Pada 2012 siapa yang jadi PM?” soalnya.
Selain Dr Mahathir, turut berucap ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Ahli Jawatankuasa AMANAH, Dr Hatta Ramli; Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen; Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan pemimpin-pemimpin belia. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena