Thursday, 5 October 2017

[Video Kecoh aktivis cuba menghalang rumah rakyat diroboh] AZMIN, jika mampu bakar semangat rakyat, jangan lupa sentuh jiwa mereka.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Jika mampu bakar semangat rakyat, jangan lupa sentuh jiwa mereka

Seorang anggota Wanita AMANAH menenangkan ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Kak Bada.
‘Detik hitam kerajaan negeri Pakatan Harapan Selangor’
AMANAH Selangor menyifatkan perobohan kediaman dan kedai bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang hari ini dapat dielak jika semua pihak bekerjasama.

Tindakan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling serta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan dua rumah bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Subang dan kegagalan kerajaan negeri khususnya menteri besar menghalang tindakan meroboh oleh pihak berkuasa tempatan itu menimbulkan rasa tidak senang seorang pemimpin AMANAH Perak.
Naib Pengerusi AMANAH Perak Dr Muhaimin Sulam (foto) dalam satu kenyataan mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang memegang tampuk kuasa bahawa persoalan rakyat walau sekecil mana sekalipun jangan dipandang ringan dan diabaikan.
“Menangguhkan kebenaran adalah satu kezaliman. Kita berada dalam era media. Kesilapan ahli politik bukan kerana kegagalan mendapat kuasa tetapi hilang jiwa dalam bertindak (action without soul),” tegasnya.
Beliau mengingatkan bahawa pemimpin politik berdiri di atas sokongan ahli bawahan.
“Jika kita mampu membakar semangat perjuangan dan meniup api kebencian pada musuh, jangan lupa untuk menyentuh jiwa rakyat bawahan tanpa kamera, tanpa pandangan manusia,” katanya.
Dalam kejadian pagi semalam, rumah keluarga Abd. Razak Said dan Yaakob Abdul dirobohkan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas alasan menceroboh tanah milik Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).
Dua keluarga terbabit sudah menetap di tanah tersebut lebih 30 tahun lalu atas kebenaran pihak masjid, pemilik asal tanah berkenaan.
Menurut Muhaimin, Razak dan Yaakub ialah dua aktivis lama yang berkhidmat tanpa nama dan jawatan.
Walaupun mereka tiada hak di sisi perundangan untuk terus tinggal di tanah tersebut, Dr Muhaimin kesal kerana isu ‘sekecil itu’ tidak ditangani secara bijaksana.
“Apa yang berlaku semalam (merobohkan rumah rakyat di laman rumah Tuhan) adalah mukadimah kegagalan sebuah kerajaan yang melindungi kepentingan rakyat biar atas nama dan slogan apapun.
“Usah dihalang suara kemarahan apabila keringat, airmata dan darah rakyat semurah air mengalir!” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, menteri besar Datuk Seri Azmin Ali dalam satu kenyataan berkata, kerajaan negeri mengambil maklum berhubung tindakan penguatkuasaan oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) terhadap tiga buah rumah dan dua buah kedai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang yang dirobohkan semalam.
Sehubungan itu, Azmin telah mengadakan perbincangan segera dengan Pengurus Besar Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) yang bersetuju untuk menawarkan unit kediaman di PPR Seksyen 8 Kota Damansara kepada dua keluarga yang terlibat.
“Saya juga telah meminta Pegawai Daerah Petaling untuk bekerjasama dengan PHSSB bagi menguruskan perpindahan kedua-dua keluarga ini ke kediaman yang ditawarkan dengan segera,” ujarnya.
Bagi tujuan itu, Azmin berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membiayai kos sewa unit-unit kediaman tersebut bagi tempoh enam bulan sebelum unit-unit ini ditawarkan kepada dua keluarga berkenaan.
Ini selaras dengan dasar kerajaan negeri yang peduli rakyat dan tuntas membela kebajikan rakyat, ujarnya.
Semalam Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan dilaporkan mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal memberi maklum balas berhubung desakannya sebelum ini supaya campur tangan dalam isu perobohan kediaman di Subang itu.
Dalam kejadian semalam Sivarajan dan lapan lagi ahli PSM ditahan kerana menghalang operasi perobohan di Lot 1210 Mukim Sungai Buloh yang dikatakan milik Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) itu.
Malaysia Dateline



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena