Wednesday 5 September 2018

[Video Kerajaan tahu semua 'money trail' 1MDB - Daim] Melayu bangkit, Umno pocik & Pasir Salak bukan tempat sejarah untuk hidupkan Umno yang KOJOL! Jho Low pernah cuba menghubungi saya - Daim.

Khamis, 6 September 2018

Image may contain: outdoor
Melayu bangkit, UMNO pocik...
Pasir Salak bukan tempat sejarah untuk hidupkan UMNO yang kojol selepas ditolak rakyat pada PRU 14. Tajuddin Rahman tak setaraf Datuk Maharaja Lela yang membunuh Birch. Malah dia juga tak setaraf si Putom, Orang Asli yang bersama Maharaja Lela. Tajuddin ' six million dollar man' pernah disingkir dari UMNO kerana politik wang dulu. Di Parlimen dia bukanlah seorang wakil rakyat yang membela hak rakyat tetapi berlagak seperti gangster tua yang garang suara tapi pocik tenaga. 

Sejak Merdeka hingga sekarang Melayu tetap berkuasa. Tapi PM bukan lagi perompak kelas cakrawala dari UMNO. Bahwa rakyat berbilang kaum memberi sokongan hangat kepada Tun Mahathir, bekas PM 22 tahun, dan mantan presiden UMNO, menjadi PM kerana kerajaan PH membuktikan Melayu tidak hilang roh dan semangatnya di bumi bertuah ini. Cuma UMNO yang mengkhianati aspirasi Melayu, Islam dan negara ditendang rakyat selepas 61 tahun berkuasa. 

Wahai Tajuddin kamu boleh buat langkah silat pulut, cium tangan Najib dan Rosmah tapi kamu dengan kabilah Najib, maharaja perompak, bekas presiden UMNO, jangan mimpi akan kembali berkuasa lagi. Jemputlah segala bomoh dan pawang buaya dan naga sakti sekali pun UMNO sudah pocik, kulluhum. Tali hayat UMNO sudah hilang dihanyut oleh ombak rakyat , ribut dan taufan rakyat yang benci melihat wajah-wajah sopak, kudis buta, tokak politik UMNO. 

Sekali air bah sekali pasir berubah. Melayu sekarang lebih bijak dan punya maruah dan hargadiri yang tidak dimiliki oleh para pemimpin UMNO. Najib yang ditunggangi bininya super rakus, gila kuasa, bawa sial pada UMNO. UMNO bangsatkan Melayu, dan hari ini UMNO ditendang oleh bangsa Melayu dan kaum-kaum lain. Era keangkuhan, kegilaan kuasa, dan koprupsi menggila di era UMNO sudah tamat.

Allah memberkati perjuangan Tun Mahathir yg berusia 93 tahun kerana beliau sahaja yang boleh membentuk sejarah gemilang untuk rakyat Malaysia dan negara tercinta. Tempat Najib, bininya dan para koruptor bukan lagi di Putrajaya tetapi di Sg Buloh dan Kajang. Di Sg Buloh Tajuddin, Najib, bomoh Ponorogo dan sebilangan besar mereka yg super korup boleh belajar silat pulut dari Tajuddin kelak., pahlawan tua yg tak setaraf dengan si Putom yang berjuang bersama Datuk Maharaja Lela. 

Melayu hari ini mesti berani hadapi cabaran hidup yang cepat berubah. Melayu tidak boleh jadi pengemis mengharapkan BRIM dan dedak gred E dari kerajaan. Kuasai berbagai bidang ilmu penegetahuan, tanam semangat patriotisme, bina keyakinan diri, berpegang teguh pada tali Allah, dan bebaskan minda dari jiwa hamba. Hari ini rakyat berkuasa, bukan parti politik, bukan ulamak, bukan istana. Pahatkan dalam jiwa Melayu bahawa Allah menentukan segala tetapi Melayu mesti berusaha untuk menjadikan mimpi suatu realiti. Allah tak akan mengubah nasib Melayu kalau Melayu sendiri mengubahnya. 

Biarlah kabilah mala'aun UMNO menyalak bukit. Bukit tak runtuh. Melayu tak gusar dan tak sedu sebak tanpa pimpinan UMNO. UMNO sudah pocik beb. Hari ini Tun Mahathir kembali menjadi PM kali kedua, dan Melayu khasnya dan rakyat Malaysia berbilang kaum amnya, akan membentuk sejarah gemilang untuk semua bangsa. Kerajaan PH akan pastikan tidak ada suku kaum di bumi bertuah bernama Malaysia ini bangsat, terpinggir dari arus pembangunan dan kejayaan negara. InsyaAllah Allah akan berkati perjuangan Tun Mahathir dan PH. - Yahaya Ismail 
Tumpang sekole.

Jho Low pernah cuba menghubungi saya - Daim

Tun Daim Zainuddin mendedahkan jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low pernah cuba untuk menghubunginya beberapa kali bagi membantu menyelesaikan isu berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu berkata Jho Low pernah menelefonnya termasuk sebelum beliau ke China pada Julai lepas.
“Bila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low ada berhubung, dia nak bercakap dengan saya tetapi saya tak mahu, dia ada telefon tetapi saya suruh beliau bercakap dengan wakil saya.
Dia (Jho Low) kata dia boleh tolong (dalam hal berkaitan 1MDB), (tetapi) sebelum ini saya dah kata dalam sidang media pertama bersama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), jika dia tak salah baliklah, malam itu pun dia telefon saya,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3 malam tadi.
Rancangan yang bersiaran selama sejam itu dikendalikan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.
Daim berkata sejak kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara, mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB sanggup menjadi saksi untuk menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.
“Sekarang belum habis kita siasat ni, tiap-tiap hari kita dapat bukti baharu, yang mengejutkan. Jho Low terlibat (untuk) kait dengan Abu Dhabi, kait dengan (Arab) Saudi, Amerika , Australia, Hong Kong, Singapura, Switzerland.
“Satu dunia tahu, CNN, BBC, media China tahu, Afrika pun tahu. Tetapi sini dalam Parlimen pun tak boleh cakap, tiada ketelusan, apa guna nak tipu nanti tahu juga, nak tutup dengan harapan kalau depa (Barisan Nasional) menang (Pilihan Raya Umum ke-14) dapat tutup,” katanya.
Sementara itu, menjawab soalan sama ada beliau berkonspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa sesetengah pihak, Daim berkata: “Saya dah tua, tak ada parti pun... Umno buang saya, kita tak terlibat dengan parti orang, orang tak tahu bahawa saya dengan Anwar dah berkawan lama.”
Daim melahirkan keyakinan bahawa Anwar akan mengambil alih tampuk pemerintahan seperti yang dirancang.
“Beliau (Anwar) ada kekuatan tersendiri… golongan yang tidak berpuas hati ini hanya mencari modal seperti mencipta cerita konon wujudnya konspirasi dan mencari pengaruh menggunakan isu tersebut (kononnya ada usaha untuk menjatuhkan Anwar),” katanya.
- Bernama
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena