Sunday 16 September 2018

[Video Nostalgia PALUAN BERUNDUR & GELAGAT KEADILAN, Umno senyum kambing] GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI...Danyal Balagopal didakwa jual kerusi PD dengan nilai RM25 juta? Huiss biar betol! Veteran kecewa Danyal lepaskan kerusi PD.

Isnin, 17 September 2018

GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI...


Posted by 

Veteran kecewa Danyal lepaskan kerusi PD, kata Patriot

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) kecewa Laksamana Pertama (B) Danyal Balagopal Abdullah melepaskan kerusi Parlimen Port Dickson (PD) bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
Presiden Patriot, BG (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, Danyal adalah bidak di papan catur digunakan untuk permainan politik untuk memenuhi hasrat partinya dan inilah yang dirasai oleh veteran dan Patriot terhadap apa yang berlaku.
Kata beliau, apa yang lebih mengecewakan veteran ialah ramai yang telah menyumbang kepada dana kempen Danyal sewaktu beliau diumumkan sebagai calon kerusi PD.
“Selain itu, Patriot dan veteran telah turun berkempen untuk beliau dan sama-sama meraikan kemenangan beliau.
“Untuk memenangi kerusi berkenaan bukan mudah dan melepaskannya adalah karut,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.
Jelas Mohamed Arshad, kenyataan media Danyal pada 13 September lalu menyebut bahawa beliau masih berkhidmat kepada bekas kawasan yang diwakilinya.
“Beliau boleh dianggap bernasib baik jika nama belia dipahat dalam sejarah hanya kerana kerana satu ayat diungkap oleh seorang Ahli Parlimen yang meletak jawatan.
“Terdapat perbezaan yang besar antara bersuara sebagai seorang Ahli Parlimen dengan sebagai seorang pegawai yang berkhidmat di bawah seorang Ahli Parlimen.
“Suara seorang Ahli Parlimen, dengan kedudukan yang tinggi mengikut protokol, memberi banyak kesan apabila bercakap mengenai isu veteran atau polis pencen,” kata beliau.
“Isu-isu berkaitan ketenteraan dan kebajikan veteran dan polis pencen perlu dibangkitkan sama ada di parlimen atau di luar apabila terdapat keperluan.
“Hal ini perlu dilakukan secara berterusan dalam tempoh lima tahun sebagai Ahli Parlimen.
“Dengan tiadanya Danyal, suara anggota keselamatan yang berkhidmat dan veteran, di dalam dan di luar parlimen, telah hilang,” tambahnya.
Jelas beliau lagi, Patriot ingin menegaskan sekali lagi bahawa Patriot tidak membantah Anwar Ibrahim bertanding, bahkan mengharapkan yang terbaik buat beliau kerana beliau adalah Perdana Menteri Menanti.
“Patriot hanya membantah Danyal meletakkan jawatan.
“Kami hanya menyuarakan kekecewaan sebilangan veteran menerusi media sosial, malah terdapat seruan supaya seorang pegawai bersara diletakkan bertanding pada pilihan raya kecil terpaksa itu,” katanya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena