Monday 8 October 2018

[Video Mujahid: Jangan takut dipanggil 'liberal'] The Star KESAL 'kekeliruan' isu laporan khalwat...Tengok ni PU Syed (Video) & Mujahid Kecewa, Agamawan (Ustaz) Kritik Tanpa Tunggu Penjelasan.

Isnin, 8 Oktober 2018

Mujahid didesak letak jawatan - PU Syed

Mujahid Kecewa, Agamawan Kritik Tanpa Tunggu Penjelasan


The Star kesal 'kekeliruan' isu laporan khalwat

The Star hari ini menjelaskan bahawa bahagian yang menjadi pertikaian dalam wawancara Datuk Mujahid Yusof tidak dikaitkan dengan menteri itu.
Ia selepas setiausaha akhbar Mujahid, Siti Zulaikha Zulkifli semalam memberi masa 24 jam untuk akhbar berkenaan memohon maaf berhubung laporan berkenaan, terutamanya berhubung kenyataan menteri itu yang berhubung serbuan khalwat oleh pihak berkuasa agama.
"Kami mahu menjelaskan bahawa perenggan berkenaan tidak dikaitkan dengan Mujahid dan ia bukan petikan kata-katanya.
"Ia berdasarkan jawapan kepada soalan: 'Katakan seseorang terlibat dalam khalwat di ruang tertutup. Pihak anda boleh pecahkan pintu dan menahan mereka. Adakah ini akan berubah?'"
"Untuk rekod, menteri itu menjawab: 'Saya akan memberi panduan kepada kesemua agensi di bawah saya, terutamanya pegawai penguatkuasa, jangan masuk campur ruang peribadi seseorang. Isu berkaitan penguatkuasaan terhadap khalwat, yang anda rasakan sering disalahgunakan, tidak kesemuanya. Tetapi ada beberapa ketika ia telah dieksploitasi dan disalah guna. Penguatkuasaan ke atas aktiviti khalwat terletak di bawah institusi kehakiman di bawah negeri, dan ia bukan di bawah kementerian saya, tetapi kami mempunyai platform di mana kita akan bertemu kesemua pengarah negeri jabatan hal ehwal Islam, serta berkongsi pandangan dari sudut kerajaan persekutuan berhubung isu ini.'"
"Kami kesal terjadi kekeliruan susulan laporan itu," kata The Star.
Malaysiakini sudah menghubungi pejabat Mujahid untuk mendapatkan ulasan berhubung penjelasan The Star itu.
Semalam, Zulaikha mempersoalkan tajuk berita laporan The Star yang disiarkan Sabtu lalu, termasuk perenggan pertama lapotan itu.
Perenggan pertama menyatakan: "Tiada lagi ketuk pintu di tengah malam dan tiada lagi pecahkan pintu oleh pihak berkuasa agama bagi menyiasat laporan khalwat atau dakwaan salah laku lain."
Zulaikha berkata Mujahid tidak pernah menyebutkan perkataan itu dan ia hanyalah tafsiran penulis dan telah menyebabkan salah faham dalam kalangan orang Islam di negara ini.
Laporan itu mengundang pelbagai reaksi, ada yang memuji pendirian Mujahid dan ada yang menuduh beliau menyokong kegiatan maksiat.
Susulan itu, Zulaikha menuntut permohonan maaf akhbar berkenaan atau berdepan "tindakan yang lebih tegas".
Mujahid juga telah menafikan pernah menyatakan bahawa serbuan khalwat oleh pihak berkuasa agama akan dihentikan.
Transkrip penuh wawancara berkenaan dikongsi di Facebook Mujahid semalam.
Mk.

1 comments:

nick said...

PU Syed ni sapa? Mufti? Ulama' besar? Pendakwah antarabangsa? Pejuang ulung Islam? None of the above! PU Syed ni hanyalah artis! Ya, artis yang berkopiah dan berjubah! Artis program realiti TV! Walau berjubah, berserban, berkopiah dan berjanggut tetapi dia ni tetap HANYALAH ARTIS! ARTIS! Umat islam skrg ni mmg suka untuk memuja artis2 yang dok bergelumang mencari populariti. Umat islam kena sedar bahawa artis ni bukan ulama walaupun berpakaian dan berlagak laksana ulama'. Ulama" tidak berkecimpung dalam program hiburan di TV. Ulama' tidak berkeliaran mencari populariti dan yang lebih utama orang2 yang alim berilmu tidak mahu duduk dan serta dalam program2 realiti TV yang banyak wujud kat TV skrg ni. Ulama' bukan artis dan artis bukan ulama'. Bahkan ramai puak2 yang mengaku ulama' pun sebenarnya hanya berlakon sebagai ulama'. Maka buat apalah umat islam mahu menjulang pandangan2 jahil dari artis2 yang berlakon sebagai ulama'?

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena