Monday 8 October 2018

[Video Saya Adalah Penyokong MU - Anwar] Lebih baik Mahathir pimpin negara ini, kata Anwar.

Selasa, 9 Oktober 2018

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Yah000,000,000,000!
Image may contain: one or more people, people on stage and indoor

Lebih baik Mahathir pimpin negara ini, kata Anwar 

Calon PH di PRK Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memberitahu mengakui Tun Dr Mahathir merupakan individu paling tepat untuk memimpin Malaysia pada masa ini.
Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau menyayangi Mahathir yang diibaratkan seperti bapanya.
“Dalam keadaan sekarang lebih baik Tun Mahathir pimpin negara ini. Saya sebut ini dengan ikhlas.
“Saya sayangkan beliau seperti bapa dan pemimpin. Sekarang, saya terima beliau adalah individu terbaik untuk memimpin Malaysia,” katanya ketika berucap di dalam Ceramah Mega Anwar -Mahathir malam tadi.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata dalam nada berseloroh, kehadiran Dr Mahathir ke Port Dickson adalah kerana ‘semaraknya kasih yang terbekam sejak dulu’.
“Sebagai Perdana Menteri, beliau tak pernah datang kempen PRK. Bila dia datang sini, saya rasalah kasih yang terbekam dulu semarak semula.
“Saya tahu dia tegas walaupun nampak selalu senyum dan sikapnya juga keras. Bila dia ambil keputusan, ia selepas mengambil kira pelbagai perkara.
“Untuk semua itu, saya berikan penghormatan saya kepada anda Dr Mahathir,” ujar Anwar lagi di hadapan kira-kira 6,000 orang di Waterfront PD.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena