Tuesday 1 January 2019

[Video Apa sebab Amerika nak bagi Najib jatuh, bukankah Obama kawan golfnya?] Ketua-ketua bahagian bincang singkirkan Syed Saddiq.

Selasa, 1 Januari 2019
TS

Ketua-ketua bahagian bincang singkirkan Syed Saddiq


Ketua-ketua bahagian Bersatu dikatakan membincangkan usaha untuk menyingkirkan Ketua Pemuda parti itu, Syed Saddiq Abdul Rahman kerana menyelar pemimpin parti yang meminta projek dan jawatan dari kerajaan.
Mesej perbualan di media sosial antara ketua-ketua bahagian Bersatu menunjukkan mereka melepaskan geram terhadap sayap pemuda Bersatu atau lebih dikenali sebagai Armada itu.
"Untuk kembali ke muka buku yang sama, Saddiq perlu basuh dosanya yang membuka aib Bersatu dan perlu memohon maaf secara terbuka kepada (perwakilan) Wilayah Persekutuan dan ketua-ketua bahagian sekalian.
"Saya berjanji akan menggerakkan seluruh negara untuk tolak Saddiq. Insha Allah," kata seorang ketua bahagian.
Ahad lalu, Syed Saddiq ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu membidas perwakilan dari Wilayah Persekutuan kerana meminta kontrak sehingga menamakan seorang menteri yang didakwa berjanji akan memberikan kontrak berkenaan.
"Saya nak tegur sebagai anak muda. Perwakilan Wilayah tadi. Sampai berani nak namakan menteri yang menjanjikan (kontrak). Tak masuk akal!
"Bayangkan, itu boleh jadi kes SPRM. Mana boleh!" tegurnya.
Tidak lama selepas itu, Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Ab Rahman menyifatkan pihak yang membantah gesaan perwakilan itu sebagai 'bodoh'.
Menurut Abdul Rashid, dalam pilihan raya, Bersatu perlu menggunakan sumber kerajaan dan apa cara sekalipun untuk berkuasa.
Bagaimanapun, kepimpinan Pemuda Bersatu tampil membidas Abdul Rashid dan mempertahankan pendirian Syed Saddiq.
"Kebiadapan Armada mencabar ketua-ketua bahagian satu perkara melampau. Armad tidak kenal siapa dicabarnya.
"Syed Saddiq tidak mendidik mereka cara menghormati. Saya nak tengok bagaimana Armada nak bergerak tanpa sumber," kata seorang lagi ketua bahagian.
Sementara itu Ketua Bersatu Bahagian Bandar Tun Razak, Bantura Mohd Shahni Ismail, dalam catatan Facebook  mempertikai pelantikan ketua pegawai eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes sebagai pengerusi Perbadanan Stadium Negara dan bukan ahli Bersatu.
"Syabas dan juga tahniah kepada Syed Saddiq, menteri belia dan sukan kerana percaya dan mengamalkan konsep kesamarataan dan berintegriti penuh dengan melantik Tan Sri Tony Fernandes menerajui Perbadanan Stadium Negara.
"Kepada saf kepimpinan PPBM (Bersatu) yang ada tak layak untuk dilantik menjadi pengerusi sebab kuat minta projek," katanya.
Bantura berkata, Bersatu merupakan sebuah "parti Melayu tegar" dan tidak sesekali apolegetik untuk mempertahankan hak kaum Melayu.
"Sekiranya Syed Saddiq mempunyai idea lain maka dia harus menyertai PKR," katanya.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena