Thursday 9 May 2019

Barvo Bravo BONGKAR LAGI Mat Sabu! Siasat Hisham, Zahid Haidi, Ismail Sabri & S.Subra! Skandal 16 projek land swap bernilai RM4.9 bilion [Video Saya belajar banyak perkara termasuk belajar tabik]

Jumaat, 10 Mei 2019
KiniTV
Menjawab kenyataan Perdana Menteri Tun Mahathir yang menggesa supaya pemimpin ubah sikap dan tumpu perjuangan parti, Menteri pertahanan Mohamad Sabu berkata selama setahun Pakatan Harapan, banyak perkara yang beliau pelajari . Malah jelasnya, untuk tahun seterusnya beliau akan lebih fokus untuk turun padang dan menerangkan dasar-dasar parti sedia ada. Setahun ini banyak perkara yang dia pelajari termasuk belajar tabik sebagai Menteri Pertahanan dan akan lebih turun padang.

Bongkar Abisss!


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan teks
BONGKAR LAGI !!.. Kini projek di Kementerian Pertahanan pula dibongkar.
Pihak Jawatankuasa Siasatan telah melaksanakan siasatan ke atas 16 projek land swap di Kementerian Pertahanan yang melibatkan 2,923 ekar tanah bernilai RM4.8 bilion dan keseluruhan kos projek berjumlah RM4.9 bilion.
Antaranya laporan skandal 2 projek “land swap” yang telah diberi kpd SPRM pada 21 Februari 2019 ialah kem tentera Hutan Melintang, Perak dan Paloh, Johor.

SIAPA MP PARLIMEN di kawasan tersebut ?
1) Paloh - HISHAMMUDDIN BIN HUSSEIN ONN (P153-Sembrong)
2) Hutan Melintang - AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (P75-Bagan Datuk)
3) Bera - ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
4) Segamat - S. SUBRAMANIAM, bekas presiden MIC (PRU13, 12 & 11)
Tunggulah giliran kamu pula... NEXT !!
SEBAB ITU KENAPA MEREKA susah nak kalah setiap kali ada pilihanraya. Sebab ada sokongan undi dari kem tentera.
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: teks

Mat Sabu dedah 13 daripada 16 projek ‘land swap’ libatkan bekas PM, menteri pertahanan


KUALA LUMPUR: Hasil laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung pelaksanaan 13 daripada 16 projek “land swap” Kementerian Pertahanan, mendapati ia melibatkan bekas perdana menteri dan bekas menteri pertahanan.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, hasil siasatan ke atas 16 projek tersebut, pihak JKSTUPKK mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil kerajaan adalah melebihi RM500 juta.
“Siasatan juga mendapati terdapat penglibatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kem Bera, Kem Segamat, Kem Paloh dan Kem Hutan Melintang iaitu berlakunya pemindahan pengundi sebelum PRU14,” katanya ketika membentangkan laporan akhir JKSTUPKK di Dewan Negara, hari ini.
Menurut Mohamad, semua 16 projek “land swap” tersebut melibatkan sebanyak 2,923 ekar tanah milik Kementerian Pertahanan di antaranya telah dan akan dipindah milik.
“Tanah-tanah balasan yang terlibat membabitkan nilai sebanyak RM4.8 bilion mengikut penilaian Jabatan Penilaian Tanah dan Harta (JPPH) dan kos projek sebanyak RM4.9 bilion.
“Status projek-projek tersebut berada di pelbagai peringkat pelaksanaan iaitu 5 projek telah siap sepenuhnya, 1 projek gagal, 2 projek sedang dalam pembinaan, 1 projek telah ditandatangani, 3 projek masih belum ditandatangani dan 4 projek mendapat kelulusan prinsip jemaah menteri kerajaan terdahulu,” katanya.
Sementara itu, Mohamad pada sidang media menjelaskan hasil siasatan ke atas 16 projek tersebut mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil kerajaan melebihi RM500 juta disebabkan oleh penilaian tanah yang lebih rendah daripada nilai pasaran dan pengurusan kontrak yang lemah.
“Selain itu, tanah kerajaan dipindah milik walaupun projek balasan belum disiapkan sepenuhnya, campur tangan yang keterlaluan demi kepentingan politik juga menyumbang kepada kelemahan tadbir urus pelaksanaan projek ‘land swap’ di Kementerian Pertahanan.
“Ketidakpatuhan dan ketidakakuran kepada terma-terma kontrak, peraturan-peraturan, standard operating procedures (SOP) kerajaan.
“Ketiadaan ‘due diligence’ yang komprehensif terutamanya keupayaan teknikal dan kewangan syarikat yang terlibat sehingga menyebabkan kelewatan atau kegagalan dalam projek dan tiada perancangan yang teliti oleh Kementerian Pertahanan dalam pelaksanaan projek menyebabkan objektif asal tidak tercapai sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata, lanjutan daripada penemuan dan cadangan jawatankuasa siasatan beberapa tindakan diambil oleh Kementerian Pertahanan. Satu laporan berkaitan 2 projek “land swap” kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 21 Februari 2019 di kem tentera Hutan Melintang, Perak dan Paloh, Johor.
Mohamad berkata, Kementerian Pertahanan juga mengemukakan permohonan penilaian semula bagi semua tanah balasan yang terlibat dengan projek penswastaan bagi membolehkan sebarang rundingan lanjut dan penetapan nilaian tanah balasan kelak memberi keuntungan kepada pihak kerajaan selaras dengan prinsip “value for money”.
“Untuk makluman, pelaksanaan projek-projek pembangunan kerajaan secara penswastaan melalui kaedah ‘land swap’ merupakan salah satu inisiatif berasaskan kepada prinsip sesuatu projek pembangunan secara reka dan bina (design and build) dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta berdasarkan nilaian tanah semata-mata tanpa sokongan dan sumbangan kewangan kerajaan.
“Sebagai balasan, pihak swasta akan memperolehi sebidang tanah lain milik kerajaan setelah projek pembangunan yang dilaksanakan selesai dan diterima oleh Kerajaan.
“Dalam hal ini, tiada implikasi terhadap kewangan kerajaan dan risiko pembangunan adalah di bawah pihak swasta sepenuhnya sehingga projek pembangunan tersebut siap dan diserahkan kepada kerajaan,” katanya.
Mohamad menambah, kementerian mula melaksanakan pembangunan secara kaedah “land swap” sejak 1997 sehingga kini.
Bagaimanapun, ketika ditanya skandal tersebut mempunyai kaitan dengan Dr Mahathir Mohamad ketika menjawat jawatan perdana menteri ke-4, Mohamad berkata, penyelewengan tersebut berlaku selepas era pentadbirannya.
“Tidak ada, ia berlaku selepas itu (pentadbiran Mahathir) ‘land swap’ mula diperkenalkan pada 1997 tapi yang berlaku (salah laku) kemudiannya dan kita akan memerhatikan siapa perdana menteri waktu itu,” katanya.
Katanya, pendekatan pelaksanaan secara “land swap” ini dianggap salah satu pilihan yang terbaik oleh kerajaan terdahulu dalam usaha menampung keperluan peruntukan pembangunan yang tidak mencukupi untuk memenuhi kehendak perancangan menaik taraf dan membina fasiliti ketenteraan.
Isu “land swap” (penswastaan untuk memajukan tanah) membabitkan tanah Kementerian Pertahanan timbul selepas bekas menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz mendakwa pemilikan lebih 40,000 hektar tanah kementerian itu dipindahkan kepada sebuah syarikat milik 3 individu tanpa tender terbuka.
Dakwaan itu dibuat oleh Rafidah menerusi 1 surat terbuka yang ditujukan kepada berkas perdana menteri Najib Razak bertarikh 8 April tahun lalu.
Beliau mendakwa semua tanah berkenaan dipajakkan selama 40 tahun kepada syarikat berkenaan untuk dibangunkan dengan pelbagai projek komersial.
Antara hartanah yang disebut Rafidah dalam surat terbuka itu ialah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dan Kem Majidee di Johor Bahru.
FMT.

1 comments:

Unknown said...

Ish ish ish. Tak abis2 skandel Najib & kuncu2 buat jahat. Mujur BN lingkup.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena