Wednesday, 1 May 2019

Duit petani FELCRA pun Umno TIBAI! Bung Moktar dan Zizie Izette bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009! Banteras rasuah kejayaan besar kerajaan PH [Video Dr M: Lebih baik kerja 3D (kotor, berbahaya dan sukar) daripada menganggur]

Khamis, 2 Mei 2019
KiniTV
Rakyat Malaysia yang menganggur perlu mengambil pekerjaan dalam industri 3D (kotor, berbahaya dan sukar) daripada tidak mempunyai pekerjaan, kata Dr Mahathir Mohamad. Dalam sidang akhbar sempena sambutan Hari Pekerja 2019 hari ini, perdana menteri menegaskan bahawa berpendapatan rendah adalah pilihan yang lebih baik berbanding tidak mempunyai pendapatan. "(Walaupun) gaji rendah, tetapi jika mereka tidak bekerja, mereka tidak ada apa-apa pendapatan. Jadi mereka mesti memilih. Sekurang-kurangnya jika mereka bekerja, mereka akan mendapat sesuatu," katanya kepada media persidangan di Putrajaya pagi ini. Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai gaji rendah dalam pekerjaan 3D yang tidak menarik penglibatan rakyat Malaysia. Dalam ucapannya sebelum ini, Mahathir berkata pekerja asing mengambil pekerjaan 3D kerana rakyat Malaysia tidak akan melakukannya.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, meme dan teks


TERKINI: SPRM mengesahkan pihaknya menahan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad hari ini.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Bung Moktar ditahan 10.50 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah manakala Zizie Izette ditahan di pejabat SPRM Putrajaya 11.15 pagi tadi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah membabitkan FELCRA.
“SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan Zizie Izette di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei ini.
“Bung Moktar dan Zizie Izette bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.
“Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.
Itupun Umno & PAS bermati-matian berusaha untuk memastikan BN kembali berkuasa selepas PRU15, kenapa?
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan rakaman dekat
Banteras rasuah kejayaan besar kerajaan PH, kata pakar.
SHAH ALAM - Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) membanteras rasuah dan membersihkan negara daripada amalan tersebut merupakan kejayaan besar meskipun tidak sampai setahun mentadbir Malaysia.
Bercakap kepada Sinar Harian, pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai mengakui beliau berpuas hati dengan kejayaan PH membersihkan negara namun menganggap PH masih perlu memberi tumpuan kepada dasar melibatkan ekonomi negara.
“Saya berpuas hati dengan apa yang dicapai PH dalam satu tahun dalam komitmen membanteras rasuah. Negara seperti Korea dan Hong Kong, selepas mereka memerangi rasuah, negara mereka menjadi bertambah baik.
“Hari ini, mereka menjadi sebuah negara yang jauh lebih bersih daripada Malaysia. Begitupun, negara memerlukan satu polisi yang nyata, apakah arus pembangunan yang ingin dibawa.
“Adakah kita akan memacu ekonomi lebih laju dan terus mengamalkan dasar kapitalisme atau kita nak menumpukan kepada penghapusan kemiskinan dan pengimbangan semula kekayaan,” katanya.
Tegasnya, kerajaan perlu bertindak pantas dan memutuskan tindakan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu terutamanya dalam isu melibatkan ekonomi rakyat.
Tambah beliau, PH sekarang dilihat menjadikan usaha membanteras rasuah sebagai keutamaan namun rakyat tidak dapat melihat kesannya, seolah-olah kerajaan belum melakukan sebarang tindakan.
“Hakikatnya, masalah ekonomi Malaysia adalah masalah yang sangat besar. Selain daripada hutang yang ditanggung daripada kerajaan lepas, kerajaan baharu sebenarnya menghadapi masalah struktur ekonomi.
“Selepas 60 tahun merdeka, kita masih di takuk lama di mana kita mementingkan pembangunan yang cepat dengan menumpukan perhatian kepada mereka yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan pantas,” ujarnya.
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: teks

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena