Thursday 2 May 2019

NAMPAK TAK Walaun? Duit KWAP RM4 bilion masuk ke akaun SRC International! Itupun PAS bermati2an berusaha utk memastikan BN kembali berkuasa slps PRU15? [Video PDRM MASIH WUJUD DI NEGARA INI]

Khamis, 2 Mei 2019
Jom Channel
Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin langkah tersebut ialah satu penstrukturan semula Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menambah baik prestasi pasukan itu selain mengelak pertindihan fungsi unit di dalamnya. “Tindakan PDRM itu selaras dengan usaha kerajaan dalam melakukan pembaharuan kerana kita dapati kalau ada pertindihan fungsi di dalam badan terbabit maka ia (pasukan atau unit) tak wajar diteruskan.” “Kita yakin dengan ‘alignment’ (penyusunan) yang baharu ini, peranan PDRM akan lebih cekap dan berkesan,” katanya, dipetik bernama.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
DAH LAH duit pencarum Tabung Haji, UMNO songlap kerjakan..
Ni plok duit² pencen pesara rakyat KWAP pon ko tibai sekali?
Itupun UMNO & PAS bermati-matian berusaha utk memastikan BN kembali berkuasa slps PRU15, kenapa?
Duit KWAP masuk ke akaun SRC International
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa wang berjumlah RM4 bilion milik Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dimasukkan ke dalam akaun milik SRC International Sdn Bhd pada 2011 dan 2012.
Perkara itu disahkan saksi ke-24, Pengurus Bank bahagian Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen, 45, ketika memberi keterangan dalam kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Razak.
Wedani mengesahkan kemasukan wang itu melalui resit (confirmation advise) yang dirujuk kepadanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sulaiman Kho Kheng Fuei.
Menurutnya, wang berjumlah RM2 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International pada 29 Ogos 2011 secara empat transaksi.
Beliau turut mengesahkan bahawa RM2 bilion lagi dari KWAP ada dimasukkan ke dalam akaun SRC International pada 28 Mac 2012.
SULAIMAN: Mengapa terdapat empat resit untuk pemindahan RM2 bilion bagi transaksi 29 Ogos 2011?
WEDANI: Had transaksi kami adalah RM500 juta dan hanya boleh diluluskan oleh peringkat pengurus dan ke bawah.
SULAIMAN: Jadi untuk memindahkan RM2 bilion ini memerlukan empat transaksi?
WEDANI: Ya betul.
SULAIMAN: Setiap satu adalah RM500 juta?
WEDANI: Ya betul.
SULAIMAN: (merujuk kepada dokumen RENTAS).
WEDANI: Saya sahkan terdapat transaksi keluar sebanyak RM2 bilion daripada KWAP kepada SRC International pada 28 Mac 2012.
SULAIMAN: Boleh Puan rujuk kepada dokumen ini. Kenapa terdapat satu resit sahaja?
WEDANI: Ini adalah kerana ia dikreditkan secara terus melalui satu transaksi melalui RENTAS. Kami menerima wang daripada KWAP pada jam 5.40 petang manakala Bank Negara Malaysia tutup pada jam 6 petang, oleh itu perlu masukkan wang itu segera.
SULAIMAN: Siapa yang meluluskan pemindahan ini?
WEDANI: Bagi had pemindahan RM500 juta ia boleh diluluskan oleh pegawai bank iaitu pengurus dan ke bawah. Bagaimanapun bagi yang melebihi RM500 juta ia hanya boleh dilakukan oleh pegawai bank berpangkat Pengurus Kanan dan ke atas.
Terdahulu saksi memberitahu mahkamah bahawa ‘confirmation advice’ adalah dokumen yang dikeluarkan secara automatik oleh Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS).
Menurutnya, ia bagi pelaksanaan pemindahan wang dari Ambank ke bank yang lain manakala bagi wang yang dipindahkan dari Ambank ke bank lain dokumen itu dikenali sebagai ‘Completion Advice’.
Wedani dalam keterangan turut mengesahkan resit RENTAS yang menunjukkan wang RM27 juta daripada akaun syarikat Permai Binaraya Sdn Bhd ke dalam akaun peribadi Najib pada 8 Julai 2014.
“Saya mengesahkan terdapat transaksi wang berjumlah RM27 juta daripada Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd ke dalam akaun Najib yang sama pada 26 Disember 2014.
“Melalui RENTAS saya mengesahkan wang berjumlah RM10 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 10 Februari 2015 dan RM5 juta daripada syarikat yang sama pada 26 Disember 2014,” katanya
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis ini.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri
Selamat menunggang. Don't drink and drive. Harap anak² kapal tak mabuk.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Kalau la arwahnya masih hidup. Aku ingat muka hadi pun dah tak nampak, pasal penuh dgn ludah. Ade masenye kan, aku nak sgt tgk pasumno menang pru nanti, tgk mereka rebut kerusi , rebut jawatan PM, jawatan menteri. Sesilap tak dan sevulan. Tumbang balik kerajaan perpaduan. Tapi mcm susah la. Sabah serawak bleh la umno goodbye. Bandar pun selamat. Bleh la berebut kat kelantan terengganu.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena