Thursday 2 May 2019

Syabas! Lagi penyamun besar UMNO BN ditangkap & Sekarang boleh tanam padi waktu malam, sindir Dr M [Video ADUAN PENGGUNA DISELESAIKAN – LIBAT HARGA BARANG & PENIPUAN DALAM TALIAN]

Jumaat, 3 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, dalaman dan teks

Sekarang boleh tanam padi waktu malam, sindir Dr M

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dipercayai menyindir sikap sesetengah orang Malaysia yang memilih-milih pekerjaan, sehinggakan ada yang tidak sanggup berpanas di bawah terik matahari.
Ini kata beliau menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada pekerja asing.
"Kerajaan fikir bahawa kalau kita fikir pada siang hari dan panas terik tak selesa kerja.
"Kita (PH) sedang fikir sama ada kita boleh alih masa kerja pada siang hari, waktu panasa tapi lakukan malam hari.
"Memanglah gelap pada masa malam. Tapi sekarang ni kita lihat orang kaya main golf malam, pasang lampu cerah-cerah. 
"(Jadi) tanam padi malam. Pasang lampu, tak ada panas terik," perlinya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam tautan muhibbah parti Bersatu bahagian Segambut, Kuala Lumpur hari ini.
Pemimpin berusia 94 tahun yang terkenal dengan sikap sinisnya itu berkata rakyat akan dapat membiasakan diri walaupun pendekatan menukar waktu kerja pada sebelah malam itu sukar untuk diterima pada mulanya.
"Kita tahu di sesetengah negara apabila datang bulan puasa, mereka siang tidur, malam kerja.
"Jadi kerja sebelah malam ni bukan satu luar biasa untuk kita. Supaya kita selesa. 
"Sekarang ini lampu boleh pakai LED, tak makan elektrik banyak," katanya.
Pada masa sama katanya terus menyindir, cadangan itu akan mengurangkan tekanan berbanding bekerja di siang hari.
Tambahnya, beliau berharap supaya rakyat bekerja keras untuk diri sendiri tanpa mengharapkan wang secara percuma.
"Amatlah hina kalau kita dapat duit tanpa kerja. Sebaliknya, kalau kita kerja dan dapat upah, adalah mulia dan halal.
"Kalau cuma terima duit percuma mungkin dari punca yang tak baik," katanya.
Katanya, jumlah warga asing yang datang bekerja di negara ini mencecah 7 juta dan setiap tahun mereka membawa keluar wang pendapatan sebanyak RM60 bilion balik ke negara asal mereka. 
Malaysiakini.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Aku ni dulu, terus terang la, memang taik judi. Aku tak minat yg 4D ni. Lambat, aku suka yg mesen punya. Cepat kaya, cepat papa, tapi yg cepatnya papa aje. Rekod aku pernah kalah 1 mlm,$2500. Mengamuk bini aku masa tu. Tapi rekod menang $1000 je 1 mlm. Modal $20. Pasal tu je ade masa tu. Taik judi ni tak pedulik pun benda lain. Yg penting , ade 20 30 pun jadi. Lepas bini aku lahir anak 2 je. Aku stop. Lagi pun aku nak start buka bengkel masa tu. Aku ingat lagi tokey tu punya muka, dah mati pun. Last aku jumpa dia masa tgh makan. Dgn anak yg berdokong lagi. Aku hulur kad kat dia. Dia cakap, lu nak meniaga, buat betul2. Kalau lu mari lagi tempat mcm ni, lu habis punya. Lu kenal saya dari lu bujang sampai anak 2. Lu tau kan. Judi tak bleh buat lu kaya. Sambil tu dia selit $200 kat celah baju anak aku. Aku tolak pasal tau bisnes dia ape. Dia tolak balik, ni duit kedai kopi. Lu jgn takut, aku tau pun dia ade kedai kopi kat kawasan tu. Tu last aku jumpa dia. Dia mati pun kawan aku gak yg cakap. Mati sorang2 kat rumah dia. Anak bini takde. Dah busuk pun org jumpa. Tapi sejak ph ambik alih ni, aku tak pernah nampak lagi kedai ni kat area klang. Kalau dulu syurga penjudi. Pasal laluan aku kalau nak pegi port klang. Kalau jumpa mamber lama, kebanyakkan cina yg lepak kedai kopi tu, sudah takda la. Tapi on line banyak. Yg dia org lepak tu sambil hadap benda tu la. Aku tak nak tau, tak nak belajar, mane la tau, takut terjebak balik. Cukup la dulu. Aku cina ramai kenal pasal aku pandai main mahjong. Kat klang, tak sampai 10 org yg aku kenal melayu pandai main mahjong... Tu pasal aku fames 😹😹😹😹😹. Seronok, leka, dan kena banyak berfikir... Tu yg aku suka layan... Bila ingat balik duit yg habis kat situ, kalau kumpul2 boleh beli rumah kos rendah rasanya. Pekerja dia yg paling lama perempuan. Melayu dari johor. Yan aku panggil, dia rapat jugak dgn aku sejak bujang. Sampai bini aku cemburu la. Ade sekali aku keluar minum dgn dia. Aku payung la pasal menang. Dia cerita pernah 1 mlm, kalau hujung bulan. 1 mlm pernah cecah $80 ribu - 100 ribu. Tu pasal benda ni tak blrh habis, sentiasa ada permintaan dan tawaran.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena