Wednesday 3 April 2013

Ni Puncanya Najib Tak CERIA Masa Bubar Parlimen [Saksikan ceritanya...] & Bibir Najib Pucat Tak Semerah Dulu... ?

Rabu, 3 April 2013
Anwar semakin dekat dengan orang ramai
KUANTAN: Ke mana saja Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi menjelang pilihan raya 2008 lalu, di situ kubu BN terbukti goncang.

Ia berdasarkan keputusan undi yang diperolehi PKR dan lain-lain parti pembangkang dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Kini, dengan jangka masa yang panjang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berkempen, sokongan kepada Pakatan Rakyat meningkat dari hari ke hari.

Sebahagiannya adalah disumbangkan oleh Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Ia berkaitan dengan cara beliau bercakap kepada mereka yang datang menyertai ceramah-ceramah beliau.

Malam ini di Balok Makmur, ribuan yang hadir mendapat layanan istimewa apabila Anwar turun menemui mereka ke bawah pentas.
"Cara Anwar bertentang mata dengan mereka yang hadir bakal mengikat mereka dan seterusnya menyebabkan mereka menyebarkan mesej untuk semua rakan dan taulan mereka," ulas seorang pengkaji politik ketika menilai cara Anwar berhubung dengan orang ramai dalam ceramah-ceramahnya.

Ketika kebanyakan penecaramah terikat dengan ronstrum mereka, Anwar membuat pendekatan berbeza.

Beliau membebaskan dirinya dari rostrum dan dalam kes Balok Makmur malam ini, Anwar membebaskan dirinya dari pentas yang mengikat dirinya.

Anwar turun ke bawah pentas dan bercakap secara langsung dengan orang ramai.

"Cara ini menyebabkan orang ramai terasa dekat dengan penceramah.

"Ini yang mengikat mereka dengan Anwar," tambah beliau yang merupakan pensyarah kepada Universiti Islam Antabangsa cawangan Kuantan itu lagi yang turut serta mendengar ceramah Anwar di Balok Makmur.

Bagi beliau semakin kuat tekanan diberikan oleh media BN kepada Anwar, orang akan lebih ramai menyertai ceramah-ceramah Anwar.

"Terbukti berdasarkan keputusan pilihan raya 2008, di kawasan mana Anwar pergi, di situlah undi parti pembangkang ketika itu melonjak naik," tambahnya.~ Harakahdaily
Ni puncanya bibir Najib tak semerah dulu lagi, PUCAT LESI

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya debat antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diadakan bagi menyelesaikan polemik isu ‘Amanat Haji Hadi’.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, debat itu perlu disiarkan secara langsung di televisyen dengan menggunakan kitab al-Quran sebagai sumber rujukan.

“Letakkan Tuan Guru Haji Hadi dan Datuk Seri Najib Razak, siaran langsung debat di televisyen, letak al-Quran sbg rujukan,” tegasnya.
P/S:
Amanat Haji Hadi...
Inilah jalan penyelesaian yang terbaik...
Al-Quran perlu sebagai rujukan...
Tapi masaalahnya, ada berani ke si Najib tuh... ?



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena