Friday 5 April 2013

Tapah atau Bagan Datoh:... Anwar Ibrahim (akan diumumkan dalam masa 24 jam) - Erk..Zahid Hamidi Demam?

Jumaat, 5 April 2013
Tapah atau Bagan Datoh?
Anwar Ibrahim SAHKAN Umum Kerusi Parlimen BARU!

Keberanian bakal Perdana Menteri Malaysia KETUJUH benar-benar terserlah malam ini!

Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim malam ini memutuskan bahawa beliau akan membuat keputusan untuk bertanding di kerusi parlimen di Perak dalam tempoh 24 jam selepas berunding dengan pengundi setianya di parlimen Permatang Pauh
Ini sekaligus bakal mengesahkan bahawa beliau mungkin akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh yang disandangnya sejak 1982 hingga 1998, dan dari 2008 hingga parlimen dibubarkan semalam.
Anwar mengumumkan perkara itu di hadapan 7,000 hadirin yang membanjiri Bilik Gerakan Utama (BGU) DUN Temenggor di Gerik sebentar tadi.

Turut berceramah, bekas Menteri Besar Perak yang SAH, Nizar Jamaluddin, empat bekas jeneral, Lt Jen (B) Abdul Ghafir Abd Hamid; Brig Jen (B) Abdul Hadi Abd Khatab; Brig Jen (B) Najmi Ahmad dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.
Anwar turut mengumumkan sebahagian senarai calon KEADILAN-PAKATAN RAKYAT yang akan bertanding di Perak dalam pilihanraya umum tiga minggu lagi.

Perak yang mempunyai 24 kerusi parlimen keseluruhan merupakan negeri pertama yang mempunyai senarai penuh calon KEADILAN yang bakal berentap dengan calon dari Barisan Nasional (BN).

KEADILAN bertanding di sembilan kerusi parlimen manakala PAS dan DAP masing-masing tujuh sementara PSM diberi peluang sekali lagi oleh Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput yang dimenangi calonnya, Michael Jeyakumar.

Inilah senarai terkini yang diperolehi selepas pengumuman Anwar setakat jam 12.30 tengah malam tadi.
SENARAI CALON KEADILAN - PAKATAN RAKYAT (dikemaskini 05 Apr 2013 - 0030 hrs)

1. Tapah atau Bagan Datoh - Anwar Ibrahim (akan diumumkan dalam masa 24 jam)
ARTIKEL OH RAKYAT 

Eh...Anwar acah bertanding di Perak, Zahir Hamidi yang demam?
Anwar Ibrahim memang teruk, diacahnya nak bertanding di Perak, Zahid Hamidi sampai meracau-racau tak tentu arah jadinya, macam orang demam tak kebah! Hinggakan terteleng-teleng dia
mencipta hujah.

 Antara hujah Zahid:
"Saya pasti dia (Anwar) akan bertanding di kerusi yang bukan dimenangi oleh BN. Sama ada dia (Anwar) atau calon lain (yang bertanding), lawan tetap lawan.

"Kita akan pastikan dia (Anwar) kalah," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ditanya sama ada Umno gentar dengan kehadiran Anwar ke Perak, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata: 

"Kita tak gentar sebagaimana Lim Kit Siang ke Johor."  Cheyy!!! 

Bila ditanya sama ada BN akan menang di Perak dengan dua pertiga majoriti, Zahid  jawab:

"Insya-Allah. BN Perak akan menang tapi untuk dapat dua pertiga, kita perlukan kerja yang luar biasa....."


"....kerja yang luar biasa"? Apa kerja yang luar biasa itu? Macam kerja yang dibuat terhadap tiga ekor spesis yang menang pada 2008? 

Macam tak kena je!!
http://www.malaysiakini.com/news/225780

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena