Saturday 6 April 2013

TPM Melabelkan Parti PAS Sebagai Parti Ajaran Sesat & Ikhwan Muslimin Pula Iktiraf PAS Peneraju Gerakan Islam di Malaysia.

Sabtu, 16 April 2013
Segarkan ingatan anda...
Posted by Manjungmari
Muhyiddin: Pas parti ajaran sesat bawa fatwa songsang
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri hari ini melabelkan Parti PAS sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau agak kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam. Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini. "Nik Aziz bersifat macam Tuhan sedangkan dia kata dia tokoh agama. Dia mengeluarkan fatwa sebegitu menghukum bahawa sembahyang orang Umno tidak dapat pahala kerana katanya Umno menolak Islam, Umno tidak berjuang untuk Islam. "Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia," katanya.
 Justeru itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat agar menolak Pas dan pemimpinnya agar tidak sesat dengan ajaran songsang parti itu. "Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan. "Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin pemberita tidak ada muka surat untuk tulis," katanya. Katanya, dari awal lagi, sejarah Umno menunjukkan perjuangan parti itu untuk menebus kemerdekaan negara, menggubal perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, pembelaan umat Islam, maka jelas terbukti Umno ialah parti yang memperjuangkan Islam sejak dahulu sampai hari ini. - SH/Posted by Ayid
PRU13 : Mat Senbab Kata PAS Parti ajaran Sesat Bawa Fatwa Songsang!
*
Ikhwan Muslimin iktiraf PAS peneraju gerakan Islam di Malaysia.
Ikhwan Muslimin Iktiraf PAS
Umno pewaris british, Umno pendokong freemason, Umno mintak bantuan APCO yahudi pulih imej najib, Kak mah pelok chong wei, akum kerabat madey kutty boss syarikat arak, madey kutty hina hukum hudud, najib hina hukum hudud, mat sembab takut tak sempat jadi PM, tu sebab dia jadi short buat sementara waktu...gelisah sungguh selisah mat sembab yang bernama muyiddin ni ya..keh keh keh....
#Mat sembab gila meroyan....

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena